Friday, 24 June 2011

Suami idaman Wanita

Assalamualaikum & Hye sayang...


Ok..taknak membebel panjang dalam entri yang ini.Cuma terbaca dekat blog ILuvIslam tentang Suami Idaman Wanita termasuk la aku.Aku ni wanita ok,hahaha..Cuba baca ayat bawah ni,
Isteri adalah untuk dikasihi dan disayangi dengan penuh kasih sayang. Isteri bukan tempat untuk si suami melepaskan amarah yang tiada berkesudahan . Isteri adalah makhluk tuhan yang perlu dibelai, dididik dan dihormati setiap masa.

Sangat bahagia ok menjadi seorang wanita ni.Tapi sekarang ramai dah lelaki yang tak hargai wanita lagi-lagi isteri diorang.Hari-hari tengok dalam paper wanita nak kena bakar la,kena tumbuk la,kena terajang la,kena tikam la.Sangat DAYUS la kaum Adam sekarang ni.Nak tau tak wanita ni tinggi martabat dia tau,jangan senang-senang nak gunakan wanita ni jadi tempat lepaskan perasaan korang.

Wanita hadir atas nama cinta. Ya, cinta yang paling agung adalah datangnya dari Ilahi. Bagaimana Allah memurnikan kewujudan wanita bukan sekadar hiasan dunia. Hawa, adalah wanita pertama yang diciptakan atas dasar cinta Allah kepada Adam. Setelah melalui beberapa frasa kehidupan dan sejarah, tidak dapat digambarkan betapa Allah sentiasa kagum dengan kehebatan cinta seorang wanita.

Sape-sape lelaki kat luar tu yangbakal jadi suami ke,dalam perancangan nak jadi suami ke,or teringin nak jadi suami korang baca dulu entri --->>> Suami Idaman Wanita. Untung kalau aku dapat suami macam dalam entri tu,ouch! Berangan lah Eyka..

.
.
.
In Love

No comments:

Yang sayang Eyka, :P

Kalau susah,sayang Eyka pakai e-mail je