Monday 15 August 2011

Makcik Hajah Sitt Al-Wuzara?

Assalamualaikum & Salam Ramadhan...

Hari ni entri aku agak serius cikit.Korang kenal tak Makcik Hajah Sitt Al-Wuzara?Sebelum tu aku nak mintak maaf sebab tersalah buat conclusion yang mana aku bagitau Erlene Tan tu makcik ni tapi sebenarnya bukan.Btw,Erlene Tan ni pun patut malu sebab dia penah cemuh Islam,memang salah dia pun yang pegi cemuh Islam buat ape.

Korang nak tau sape makcik ni?Ikut yang aku bace makcik ni seseorang yang dipercayai beragama Islam tapi menghina Islam dalam blog,FB,Tweeter and laman-laman sosial yang lain.Bukti yang dia hina Islam korang boleh rujuk blog dia sendiri --->> http://makcikhajjahsittalwuzara1001.wordpress.com/


Ni page akaun Google Makcik ni.
Agak kurang hajar kan makcik ni dengan kata-kata dia.Ramai sebenarnya Dajjal bertopengkan manusia macam makcik ni.Contohnya macam Erlene Tan ngan ada sorang mamat dari Singapore ni.Bersetongkol dengan makcik ni untuk menghina Islam.Sekarang ada beberapa individu and pihak-pihak tertentu yang cuba untuk membongkar identiti sebenar makcik ni.Dah layak hukum rejam sampai mati makcik ni.Dari terus hidup baik mati je.

Ni mamat keparat yang setongkol dengan makcik hajah tu.

Ok la,aku pun tak sabar nak tunggu diorang umumkan sapa makcik ni sebenar.Dengar kata diorang bergerak dalam group.Kalau boleh dedahkan sekali semua yang terlibat dalam group tu pastu sumbat masuk dalam ISA.Tak pun rejam je sampai mati diorang ni.Korang kalau nak update pasal makcik ni,nak tengok bukti-bukti and clue-clue yang menuju ke makcik ni korang update kat link-link yang aku bagi kat bawah ni.Kalau ada yang mitak korang block page-page atau person-person tertentu sebab diorang menghina Islam,sebagai orang Islam korang wajib lah block and report page or person tu.






.
.
.

Sunday 14 August 2011

Kad raya?Sms je?E-mail?

Assalamualaikum & Salam Ramadhan...

Hye guys..ada sehat ka?Pose ka?Alhamdulillah..pose aku setakat ni masih full tanpa skip tau,*Eh,ada aku kisah? Pelik tak tajuk entri kali ni,tak pelik??Ok tak pelik..*Nada terkezot sambil muke tak tahu apa(sebab malu). Saje je nak hidupkan suasana nak raya dalam belog ni so cerita la sikit pasal ucapan raya kita.Kalau dulu-dulu time zaman kanak-kanak riang seminggu lepas pose je mesti dah cari kad raya,kumpul-kumpul nak hantar kat membe-membe.

Sekarang ni bila nak hantar kad raya pikir 15juta kali.Nak anta ke tak,nak anta ke tak.Kenapa?Satu sebab nak poie mintak alamat kat sorang-sorang membe kan.Dulu tyme budak-budak ada buku biodata,tak jadi masalah sume tu.Tapi sekarang membe kat facebook je dah 1260 orang,*Perlu ke mention?Hakhak. Memang jenuh la nak pegi mintak kat sorang-sorang.Pastu nak beli kad lagi,setem sekarang paling murah 60sen.

Ni Kad raya adik Naqib yang si Tasya tu bagi kat aku ngan kakak dia(a,ak stand for kakak dia,lucu x?hehe,
aka plak nama kitorang panggil Tasya tu)


Jadi jalan penyelesaian dia adalah kad raya elektronik! hehehe... Camno tu?Ala yang korang hantar pakai sms,email,wall post kat Fb.tweet kat Tweeter.Macam-macam lagi la yang kos dia lebih murah,senang dan lebih cepat.Korang taip tak sampai seminit orang tu dah dapat.

Walaupun sentimental value dia tak sama tapi tetap boleh sampaikan ucapan kita,kemaafan yang kita minta kan? Tapi tak sama la macam kad sebab kad boleh simpan sampai bila-bila.Macam kad raya yang aku dapat dari sayang aku,arwah Noor Haryati Idris. Even dia dah takde,tu je kenangan raya yang aku ada dengan dia.Al-Fatihah untuk dia.

Ni Kad Raya terakhir arwah.Yes syg,hubungan kita kekal sampai hujung nyawa...
So,apa pilihan korang?Kalau aku sms je,senang.Lagipun tak sempat nak prepare kad raya nih.Bagi kawan-kawan yang aku takde no fon tu wall post kat Facebook pun boleh kan.Yang penting kita still ingat kat diorang.Tak sabar tunggu raya,ngeh3!!
.
.
.
Wink
♥♥♥ Raye,raye,raye!!




Friday 12 August 2011

Raya,Puasa,Dulu dan Sekarang

Assalamualaikum & Salam Ramadhan...

Hye guys,Pose x?Relax lah babe..Baru hari ke-13 kan hari ni.Takkan dah tak larat,melepet je atas katil.Anyway hari ni aku saja nak menghidupkan suasana puasa and raya dalam blog aku ni.Rasa-rasa sama tak  apa yang aku tulis sekarang kat bawah ni dengan apa yang korang rasa.Hehe...

Dulu...Dengar je kena puasa rasa macam tension je sebab besoknya balik sekolah mesti melepet kelaparan,
Sekarang...Puasa seronok sebab alang-alang boleh diet & jimat duet!*aku sorang je pk macam ni kot,lalala
Dulu...Sebulan sebelum puasa mak dah heboh beli kain ela,tempah baju raya,tempah langsir suma.
Sekarang...Dah nak habis sebulan puasa baru heboh nak carik baju dah siap,langsir siap,sumenya serba siap. 
Dulu...Sebulan sebelum mak berdialog'Kak,Jom ikut mak pegi beli baju raya.'
Sekarang...Sebulan sebelum puasa mak aku berdialog'Kak,nanti ko beli baju sendiri.Dah kojo!'*sedey! 
Dulu...Time nak sahur mak kejut,bangun gosok gigi cuci muka terus makan.Tak payah fikir pape,
Sekarang...Kena kunci alarm,kalau tak sedar tak sahur.Kalau duk umah pun kena bangun awal tolong mak masak.*memang masak dengan mata 3/4 terbuka je la kan. 
Dulu...Seminggu lepas puasa dah siap-siap nak buat kueh raya.Bertin-tin,berbekas-bekas biskut raya ngan kerepek.
Sekarang...Seminggu sebelum raya baru nak siap-siap.Siap-siapkan ape?siap-siapkan duet nak beli biskut raya ngan kerepek.Tu pun sejenis beli 50biji,100 biji.Ala kad(ala kadar) katanya. 
Dulu...Time buka macam-macam makanan mak masak,mee la,kuih muih la.Air macam-macam jenis.
Sekarang...Banyak jugak tapi sume beli.Hari-hari benda yang sama.Kalau takde duet tu ontok-ontok(diam-diam) je la. 
Dulu...Tak sabar tunggu raya sebab nak kumpul duet raya banyak-banyak!
Sekarang...rasa macam taknak raya,nak selamanya puasa sebab sedey nak kena kuarkan duet raya,waaaa!
Tu je la yang dapat aku fikir tengah hari buta ni.Walaupun semuanya dah berubah sekarang tapi aku tetap tunggu puasa dan raya ni.Sebab dapatjumpa dengan semua saudara-saudara and kawan-kawan yang dah lama takjumpa.So,Selamat Hari Raya semua!!!*woi Eyka,puasa baru 13 hari,lambat lagi raya! Dush3!

.
.
.
Wink
♥♥♥ Raye,raye,raye!!


Tutorial Nak Tengok Contact Di Facebook

Assalamualaikum & Salam Ramadhan...

Ok,di petang hari yang cukup mendung dan indah ni aku nak tunjuk cikit pasal perihal Facebook kat korang.Selalu contact kat handphone kita simpan nombor telefon kawan-kawan,sedara-mara,jiran-jiran,adik-beradik kan.*perlu ke bagitau Eyka oooiii. Kalau nak tau kat Facebook pun ada! Sebenarnya dah lama aku jumpa benda alah ni tapi tak terfikir pun nak wat entri tapi ada kebaikannya aku wat supaya nak ingatkan korang supaya padam nombor fon dalam tu.Takut disalah guna oleh orang yang tak bertanggungjawab.

Aku malas nak taip panjang-panjang.Korang log-in Facebook korang and buat macam dalam gambar bawah ni.Pastu korang dapat la contact no membe-membe korang.Jangan plak korang pi pedajal dia pulak sebar-sebarkan no dia.Tak baik tau walaupun tu musuh korang.



Ok,abis dah tutorial.Last sekali korang klik kat Contact tu,aku malas nak klik sebab nanti hebohla aku nak padam Contact sorang-sorang kan.Korang buat dulu ye. Okla,Selamat Berbuka!Jangan kelahap sangat bedal sume makanan!

.
.
.
:)
♥♥♥

Wednesday 10 August 2011

Spontaneous Thursday #1:Kasih sayang perut & tandas

Assalamualaikum & Salam Ramadhan...

Korang setuju & suka tak kalau aku buat persamaan berikut :


Aku tak suke!

.
.
.


Tuesday 9 August 2011

Wednesday 3 August 2011

Tuesday 2 August 2011

She's One In A Million...

Assalamualaikum & Hye sayunk...

Hye sayang,sebenarnya entri ni aku nak post semalam tapi atas sebab masalah teknikal sikit baru dapat post ari ni.Dah terlepas Wordless Wednesday kan.Sebelum aku tulis entri tentang cayang aku, Noor Haryati Idris, Ape kate kita sedekah kan Al-Fatihah untuk beliau.



Kenapa erk tiba-tiba aku nak update pasal sayang aku ni?Sebab tadi tiba-tiba boipren die update kat MySpace tentang dia.Sedey gile bile bace update ko Omar Fiqri.Rasa rindu sangat-sangat kat dia,macam baru semalam jumpa dia,tengok keletah dia.Jom baca sikit apa yang Omar Fiqri post kat MySpace Putri.Eh,kitorang panggil die Putri tau.Just bagitau pada yang tak tau.


Yes,Omar Fiqri.Tepat ape yang ko tulis ni.Ko cukup kenal dia,mungkin lebih lagi dari kitorang.Sedey sangat bace post ni.Mungkin dia bertuah dapat seorang lelaki yang faham dia sepenuhnya.Aku pun berharap cinta aku dengan my only MR.Naqib Jailani akan kekal sampai jinjang pelamin,sampai akhir hayat.Amin.

Sweet kan?Rindu nak lepak ngan korang macam dulu.

 
Aku pun nak jugak cerita pasal dia.Hmmm...tapi dari mane erk nak start?Okla,aku wat senarai la.(Nak jugak ka,sebuk je Eyka nih)

  1. Ok,kita mula dari bangun tidur.Dia ni nak bangun tidur punya la susah,bukan tu je.Alarm berbunyi bapak la punya kuat sampai aku asyik terjaga.Bila aku matikan alarm mesti kena bebel,nak taknak pekakkan telinga je la.
  2. Ok,lepas tu pasal mandi.Dia ni jenis yang kalau dah nak terkucil tu tak ley nak tahan.Time tu terase time tu jugak nak masuk toilet.Selalu time aku mandi kan,pertengahan dia mesti kena kuar bilik air jap sebab dia nak masuk.Tiap-tiap pagi camtu,last-last dah biasa dah.Sekarang jadi rindu plak nak dengar orang ketuk bilik air sebab die nak masuk,hehe.
  3. Kalau time makan lagi-lagi tengah hari dia selalu ajak aku makan sekali.Dia ni kalau free even sejam pun nak balik makan kat umah jugak.Dia kata malas nak lepak poli.Ok la tu sebab aku pun jenis malas nak lepak kat poli tengah-tengah hari.Lepas dia dah takde,lunch aku selalu kat poli.Sunyi sangat.Ok,1 lagi aku nak tambah.Dia bukan makan tak ley nak kering,kalau beli air mesti amik dua straw.Tank ape budak ni tak tau la,makan kuat.Tapi aku yang gemok,dia maintain je.Omar! Dia suka air tembikai jugak la,lepas tu kepantangan dia kalau orang kedai tak tapis biji tembikai,mesti dia membebel.
  4. Ok,pasal karoke plak.Dia ni memang suka karoke,aku yang malu nak nyanyi ni pun dah jadi tak malu nyanyi depan orang sebab dia.Hehehe,lagu yang confirm kitorang nyanyi kalau masuk karoke lagu 'Teman Tapi Mesra'.Memang tak pernah tinggal lagu tu.And kalau korang nak tau permintaan terakhir dia nak karoke ngan aku,aku tak tunaikan pun.Terkilan sangat,patutla dia beriya-iya ajak aku datang tempat dia keje.Dia kata dah lame tak nyanyi same,jom la.Tapi nak wat camne,aku time tu kena wat benda lain.
  5. Pasal baju ke pakaian ke dulu aku ngan dia selalu tukar-tukar.Baju ku baju mu jua,hehehe.Kalau dia ada sekarang aku rasa dia dah tak muat kot pakai baju aku,hehe.Dia ni jenis sempoi,kalau pakai baju ikut suka la walaupun baju tu kadang-kadang tak kena.Pastu kalau korang nak tau dia penah wat keja gile bangun tidur terus kuar pegi lunch dengan muka tak basuh,rambut dia yang berikat dah kusut masai.Relaks je kuar,kitorang dah tegur nak tau dia cakap ape?'Baru la Korea rambut kusut masai'.Korea la sangat kan.
  6. Yang paling penting,dia adalah orang yang tau semua masalah aku.Semua cerita kitorang luar dalam semua kitorang kongsi sama-sama.So,bila dia takda terus aku rasa macam lonely gile.Seb bek budak rumah aku yang lain ada.At least aku takde la terus rasa lonely tu.Dulu kalau nak kuar pegi mana-mana mesti berempat.Dengan dia,Naqib and Omar.Tapi bila cek balik tak penah ada gambar kitorang berempat,pelikkan.

Dia selalu ikut balik Klang sebab boipren dia orang Klang jugak.Rindu!

Hmmm,banyak lagi citer pasal dia.Tapi tak tau la nak cita camne lagi.Nanti kalau ada aku update lagi la.Bagi yang tak tau,Noor Haryati Idris ni beshfren aku.Dia meninggal dunia pada tarikh 09.06.2009 akibat kemalangan jalanraya.Selepas 3 ari aku jumpa dia,time jumpa tulah dia ajak aku karoke sama.Tapi nak buat macam mana kan.Sayang,saya sentiasa doakan kebahagiaan awak kat sana.Saya rindukan awak,saya tau awak pun tetap rindukan kami.Maafkan saya,tapi ni satu-satunya cara saya nak luahkan rindu ni.Mungkin ada yang tak suka saya bercerita tentang awak,tapi awak adalah kenangan saya yang saya nak kongsi dengan semua orang.Al-Fatihah sekali lagi untuk awak. 

.
.
.
:)
♥♥♥

Yang sayang Eyka, :P