Sunday 31 July 2011

Weekend saya!

Assalamualaikum & Hye guys...

Weekend ni besh gile ah...Mesti korang curious kan nape besh sangat kan.Jawapan ye den balik kampung ngan my mr Naqib Jailani tercayang. Aicehhh...time ni la tersayang kan.Huhu. Sebenarnya plan gi umah mak aku je sat gi tertukar plan plak pegi umah kawan-kawan.Makan durian babe,tingtong kepala aku sampai umah.

Nampak tak kawasan belakang tu,1st time aku masuk Felda Kepis ni.Korang tau ke?haha..

Kau ado???Hamek kau sebesen durian.

Lepas dah puas aku ngan cayang aku melantak durian,kitorang pun terus gerak balik moncheh(Gemencheh). Sebenarnya minggu depan aku bailk kampung jugak,tapi saje je menggedik nak menyusahkan Naqib Jailani tu,huhuhu.Bila lagi kan?Tapi sampai umah,dapat berita cedey.My love sweetheart sayang,Putih dah mati. Sedih gile! Mak cite lepas je Putih mati abang dia,Mok terus demam sampai sekarang tak lalu makan. Jangan Mok pun ikut Putih sekali dah. Tak sanggup aku,dari kecik aku jaga diorang. Balik-balik dengar mak dah tanam.

Ni time Putih ni kecik lagi.Comel kan?Gebu je.

Ni last gambar Putih,waa...Cedey sangat!

Ni Mok ngah demam,macam ni je dia 24 jam.Risau kitorang.

Hopefully Mok cepat sehat. And Putih aman kat sana.Rindu nak bergurau ngan budak 2 ekor ni. My sayang-sayang. 
.
.
.
T_T
♥♥♥

Tuesday 19 July 2011

Macam mana Facebook korang boleh di Hack?

Assalamualaikum & Hye tawan2*versi pelat2 untuk kawan2


Guys!!!Lepas ni kalau dapat mesej or im dengan bahasa inggeris, korang tak payah la balas.Pastu! kalau dapat link yang pelik-pelik pun even dari membe-membe tak payah bukak.Kalau agak-agak nak kena hack sila lah bukak.Jom review macam mana FB korang kena hack oleh insan yang tak bertanggungjawab!
1 – Kita akan mendapat message dekat facebook @ im,”hi. how are you?
2 – Selepas itu kita akan mendapat message lagi, “Wanna laugh?
3 – Kita akan mendapat message lagi, “It is you on the video ?)) want to see?)
4 – Kita akan mendapat link, “http://94.180.228.224/1567220798” –>(Jangan buka pulak)
5 – Last sekali, “I’ll be out for an hour, will be back soon
6 – Then selepas itu facebook kita kena hack.

Contoh Facebook Hot FM yang telah di hacked baru2 ni..

Kejam kan dorang.Nak tau la ape yang dorang dapat bila hack page orang er?Dapat untung ke?Dapat duet? Ke dapat puas hati?Dah dapat kaki nanti agak-agak puas hati tak?huhu...Pening sudey ayat aku.

Credit to: Paaduu

.
.
.
Taknak letak love,xnak letak smiley!
Boleh?
Hehehe..

Friday 15 July 2011

Tahniah Eyka tapi Sedey!!!

Assalamualaikum & Hye guys...

Mesti korang tertanya-tanyakan nape aku yang tak tahu malu ni wish tahniah kat diri sendiri.Lepas tu sedey! Malas nak cite banyak,korang review gambar aku ni pastu tolong bagi pendapat sikit.

Keputusan UPU aku.Tak sangka ley dapat.*Klik utk besaukan gambar

So,sekarang korang dah tau nape aku sedey? Tak tahu lagi,aduhai.Ape pun tak boleh la.Aku dapat sambung blaja,seronok weyh! tapi yang menyedihkan harus ke aku dapat kat Sarawak! Jauh er lak ai ha..Dah la jauh,course dia pelik-pelik lak tu,tak penah aku mintak course tu.Korang rasa patut tak aku pergi.

Ada la adik aku sorang ni, Zanie cyg, ajak aku masuk KPTM Bangi.Conventry UK Degree.2 tahun je,course yang memang aku pilih tapi aku pun xsure ngan kos-kos dia kan,rasa-rasa uniMAS or KPTM ni?Guys..tolonglah aku wat pilihan.

Sains kognitif merupakan satu kajian saintifik yang bermatlamat untuk memahami sifat semula jadi fikiran manusia. Ia merangkumi pelbagai bidang termasuk kecerdasan buatan, linguistik, antropologi, psikologi, neurosains', falsafah, and pendidikan-WIKIPEDIA


.
.
Current Mood - Curious
♥♥♥

Thursday 14 July 2011

Coupon Pizza Hut pulak!

Assalamualaikum & Hye guys...

Setelah menjahanamkan mekdi,time untuk menjahanamkan Pizza Hut pulak.10 orang customer macam aku,punah la fastfood restaurant kat Malaysia ni.Pergi makan kat sana bila ada coupon je.Jom kita print ramai-ramai coupun ni.3 hari je promotion dia,18-19 hb ni je.

 Ada syok ka??Syok babe,

Jom babe print coupon ni.Black and white pun boleh,fotostat pun boleh.Kojo sonang yo tu,tapi jangan print gambar kat atas ni,print kat link bawah ni:

WingStreet Monday coupon: Wing Street Monday
Pasta Perfetto Tuesday coupon: Pasta Tuesday Coupon
Viva Mon-Wed coupon: Viva Mon-Wed Coupon

.
.
.
Wink
♥♥♥ Pizza Hut pulak,boleh?




Wednesday 13 July 2011

Wordless Wednesday #WW : Malaysia Vs Arsenal

Assalamualaikum & Hye guys...




Berape erk keputusan?3-0 er?



.
.
.
Current Mood - Curious
♥♥♥

Friday 8 July 2011

Atikah & Rokok!

Assalamualikum & Hye Guys...


Ok la,malas la nak taip panjang-panjang.Aku sebenarnya tadi ngah bocan try la Google nama aku sendiri.Then carik la picture yang berkaitan sekali korang tau aku jumpa hape??

 Korang nampak tak weyh?ke same je macam aku rabun?




Hamek ko aku zoom,sangat mara aku.

Ok fine,boleh pulah nama aku yang indah ni dijadikan brand rokok! Sungguh tak seronok ok! Saya benci rokok! Waaa....nak saman,tak pasal-pasal kan,lantak pi depa la.Rokok ni bukan rokok Malaysia rasanya and bukan den sorang yo namo Atikah,sungguh tak malu kau Eyka!


Ni gambar rokok yang aku kuarkan,tapi aku dah stop kan pengeluaran sebab rokok membahayakan kesihatan,hahaha!

.
.
.

Thursday 7 July 2011

Hujung minggu di kampung

Assalamualaikum & Hye guys...


Minggu ni dah nak jumpa penghujungnya,aku baru nak update pasal hujung minggu yang dah berhari-hari lepas.Rasa macam nak lempang tak jari-jari aku yang pemalas sangat nih?hahaha...Rasanya korang-korang dah tau kan aku keje kat Klang tapi kampung aku kat N9.So,memang jarang la aku balik,bile balik macam-macam aktiviti aku.

Cuti dua hari macam cuti 2 tahun,hehehe.Dikesempatan cuti ini,aku mengambil peluang untuk melawat sahabat kesayangan aku yang telah dimasukkan ke hospital akibat sakit apa ntah.(Ayat skema betul,memang minta penampar aku nih) Dah alang-alang nak melawat dia,kitorang pun kasi plan ramai-ramai gegar bilik wad tu.Manjang kono marah yo la ngan misi.

Terserlah kekecikkan aku kan?hahaha..Dalam kete otw pegi hospital wif Debab n Dyra(drive)

Seronok gilerz dapat jumpa dengan dorang,rindu bangat seyh! Jumpa-jumpa jer tergelak-gelak.Sakit perut aku,huhu..Dekat hospital pun tergelak-gelak,dahla melawat orang.Takde adap la budak ni,huhu.

My sayunksss...rindu dorang,ada sorang cicir ni.Akak mane akak?

Ramai lagi belakang-belakang tu yang follow tapi maaf la ye line agak slow,tak dapat nak upload pic korang sekali.Lepas dah puas lepaking ngan my sayang-sayang balik rumah aku pun menggedik tak reti penat nak buat kek.Dahla penimbang takde,main campak-campak je.Hahaha,teruk betol aku ni kan.So,ni la hasilnya kek tiramisu campak-campak je,huhu.


Kek orang malas memang macam ni,maaf la ye.Hahaha,disebabkan timbang takde jadi cair plak topping dia,lantak la janji buley makan.cair-cair pun kejap je dah licin.

.
.
.
^_^
♥♥♥ 

Wednesday 6 July 2011

Mc Donald yang baik hati bagi kupon free!

Assalamualaikum & Hye guys...

Bersarang blog aku dah ha.Aku banyak benda nak update kat blog aku ni sebenarnya tapi disebabkan amat-amat la busy 2 3 4 hari ni,so tak dapat lah nak update ari ni.Untuk mengahapuskan sarang labah-labah and anai-anai kat blog aku ni aku nak kongsi ngan korang kupon free dari Mc Donald!!

FREE tu babe! Korang taknak ke??Aku tak tipu korang ni.Korang leh tengok kat FB Mc Donald sendiri kalau tak caya. Kupon dia lebih kurang macamgambar bawah ni.



Korang taknak ke weh?Kupon free je tu,print bape sen la sangat.Korang print banyak-banyak bawak 1 keluarga makan.siap ley belanja kawan-kawan lagi,cepat print sebelum 13 Julai! Kupon sebenar dia korang boleh print dari sini >>>> official coupun


.
.
.
Wink
♥♥♥ Mc Donald,boleh?



Yang sayang Eyka, :P