Monday 27 June 2011

Akibat tidur lewat

Assalamualaikum & Hye guys...


Hari ni kepala aku berpinar-pinar la.Orang nogoghi cakap keneneng kpalo den ha,haha.Nak tau nape? Sebab pandai tidur lewat sangat kan.Konon duk congak-congak,orang dewasa kena tidur at least 4 jam.So,semalam aku pun menggedikkan diri tidur dekat kul 3 pagi pastu bangun hampir-hampir kul 7.Tapi lepas tu sambung tidur balik kat sofa.Sangat teruk kan pangai aku,jadi la macam ni ha.Berpinar kepala.

Tidur itu penting ok,tapi kalau tidur lewat sangat dah jadi salah dah.

Babe,nak tau nape aku kata tidur lewat tu salah.Memang salah sebab bila kite tidur lewat,secara tak sengaja kita mengundang banyak bencana.Cuba korang baca petikan bawah ni:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak. 
Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak. 
Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
 So,kalau kita tidur lambat,kita akan ter'skip' banyak benda yang sepatutnya badan kita buat tyme malam-malam.Tu yang bangun pagi keneneng je kepala ni kan.So,korang-korang yang selalu amalkan tidur lewat tu baik tukar habit tu.Baru badan sihat kan macam aku! Hhahahaha...
Muka pagi-pagi setelah tidur lewat,kepala keneneng tetap maintain comey ok!(Cuma tak sempat nak make-up,dah lambat!).Dah lambat pun ley bergambar,haha..
.
.

.

Sleepy


No comments:

Yang sayang Eyka, :P