Friday 17 June 2011

Nora Elena vs Aaron Aziz vs Ombak Rindu

Assalamualaikum & Hye guys...

Den ni nipu yo kan.Tadi cakap dah malas nak menaip,hehehe.Tiba-tiba pulak teringat nak update pasal drama yang tengah hot meletus kat tv rumah. NORA ELENA. Korang mesti tengokkan,tipu kalau tak tengok.Tapi kalau korang betol-betol la tak tengok,adalah sangat-sangat merugikan.Hahaha,sukati je aku ni kan.Betol la,cite ni besh gilerz.Romantik sangat-sangat Seth tu,kalau la aku dapat suami macam tu.Aduhai,untung badan.

Nora Elena & Seth Tan

Aaron ni bagi je watak apa kan sume besh je die bawak.Memang fever Nora Elena la aku sekarang ni,korang-korang yang terlepas or tak pernah tengok.Masuk kat Tonton,tengok je kat situ.Full episod ada,confirm korang puas hati.Sekarang ni makin banyak pulak filem or drama yang diadaptasi dari novel-novel cinta ni kan.Aku jangan cakap la,memang hantu novel.Boleh jadi tak tidur malam sebab layan novel.Kalau korang yang tak tahu lagi tu,Nora Elena ni diadaptasi dari novel Kasih Yang Suci.Mana-mana yang dah tau tu diam-diam yo la eh.

Novel yang diadaptasi untuk drama Nora Elena.

Habis cerita pasal Nora Elena,tapi kita cite pasal filem adaptasi.Lepas cerita Lagenda Budak Setan,ada satu lagi filem adaptasi novel cinta yang memang aku tunggu sangat-sangat.Plus pelakon dia Aaron Aziz!! Lepas tu novel cinta tu pulak memang favourite aku dari dulu lagi.Filem tu tajuk dia Ombak Rindu and diadaptasikan dari novel Ombak Rindu.Besh gile novel ni!Hopefully cerita dia besh jugak,bila la nak kuar kat panggung ni.

Filem Ombak Rindu adaptasi dari novel Ombak Rindu.

Jom kita review sikit pelakon utama dia: 
Hariz = Aaron Aziz         Izzah = Maya Karin       Mila  = Lisa Surihani
Pelakon-pelakon lain macam Bront Palarae, Julia Ziegler, Azizah Mahzan, Zaidi Omar, Normah Damanhuri, Fauzi Nawawi, Nadia Nisa, Mislina Mustafa, Kamarul Hj Yusof dan Yap Leong Chai yang aku tak berape nak tau watak dia,hehe.

Nak tau sipnosis cerita dia jugak ke?Jom la review sikit :
IZZAH(Maya Karin) adalah seorang gadis yatim piatu yang kematian orang tua mereka akibat kemalangan jalan raya. justeru itu, pak saudaranya, Taha mengambil tugas memelihara Izzah.
Pakcik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual anak saudaranya itu kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak pak saudaranya walaupun hatinya tidak rela.
Di situlah dia telah berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz(Aaron Aziz). Hariz telah membeli Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan membawa dia keluar dari neraka jahanam itu. Di atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia(Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, iaitu model dan pelakon terkenal tanah air menggugat cinta Izzah yang mula berputik kepada Hariz. Dapatkah Izzah menerima Mila Amylia sebagai madunya? Bahagiakah rumah tangga yang dibina di atas kehadiran orang lain? Bagaimanakah tindakan Datuk Sufiah setelah mengetahui cerita sebenarnya?
Yang tak beshnya Lisa Sughihani bawak watak jahat lak.Kalau dia jadi Izzah tu mesti sesuai sangat kan.Korang-korang yang tay bile cerita ni kuar update la kt aku yer.

.
.
.
^_^
♥♥♥

No comments:

Yang sayang Eyka, :P