Thursday 30 June 2011

1 Litre of Tears

Assalamualaikum & Hye yunk...

Disebabkan hari ni mood kurang ok,bertambah pulak dengan kelaparan yang tak tertanggung.Aku ingat aku nak update entri cerita tentang drama Jepun yang aku baru abis tengok untuk ke 5 kali.Huhu,besh cite dia..its a moral story! Banyak kaitan tentang life, society, humanity, friendship, yang penting TRUE LOVE! dia ok. Sangat mengagumkan cerita ni.Lagipun cerita ni based on true story.So watak dalam cerita ni memang wujud,sajak-sajak dia.Setiap ending episod dorang ada letak gambar sebenar Aya ni.Jom kasi tengok dia punya trailer cikit.


Memang sedih giler cerita dia.Kisah dia tentang Aya ni.Dia ni kira aktif dalam sukan but at d end dia terpaksa terima kenyataan yang dia kene penyakit yang takda penawarnya.IT WAS AN INCURABLE DISEASE ok. Cuba kalau korang kat tempat dia.Kita tahu yang 1 day nanti kita akan hilang upaya untuk cakap,berjalan and akhirnya...Sangat sedey ok.Tapi Aya ni tabah,family dia sangat-sangat support dia.Kita boleh tengok macam mana dia and family dia survive hidup dorang.Dalam cerita ni pun ada tunjukkan percintaan and persahabatan.Aku addict giler ngan Asou tu!!!!Dahla hensem,lepas tu dia sanggup jaga and terima Aya ni dalam apa jua keadaan.Ada lelaki sorang tu hape ntah nama dia yang agak tak guna taknak terima Aya ni sebab keadaan dia.And yang paling touching tentang masyarakat sekeliling termasuk jiran-jiran and orang-orang kat sekolah yang pandang negatif kat dia.

Cerita panjang lebar tak guna.Korang tengokla cerita ni.Dari tengok cerita merepek yang takda moral tu kan. Jom layan online je kat MySoju/1 Litre of Tears.Episod dia tak banyak pun.Jom kasi korang tengok part yang besh dalam cerita ni.
Saya harap saya ada kawan macam Mari & Asou.Saya gila bayang kat Asou,hahaha!
.
.
.
Wink
♥♥♥





Tuesday 28 June 2011

Wordless Wednesday #WW : Cantum Gambar

Assalamualaikum & Hye guys...


Cuba carik maksud yang aku nak sampaikan dari gambar kat bawah ni:




Nape,nape and nape??Just think by ur self coz today is Wordless Wednesday #WW

.
.
.
Current Mood - Curious
♥♥♥

Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya

Assalamualaikum & Hye guys...



WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...


Setelah berkahwin, pasangan itu mengalami masa yang indah dan manis untuk sementara. Setelah itu, pasangan muda ini mulai tenggelam dalam kesibukan masing-masing dan kelelahan hidup yang ada. Hidup mereka menjadi membosankan.

Kenyataan hidup yang kejam membuat mereka mulai menyisihkan impian dan cinta satu sama lain. Mereka mulai bertengkar dan pertengkaran itu mulai menjadi semakin panas. Pada suatu hari pada akhir sebuah pertengkaran WANITA lari keluar rumah. Saat tiba di seberang jalan, dia berteriak "Kamu tidak cintakan saya lagi!!!".

LELAKI sangat membenci ketidakdewasaan WANITA dan secara spontan juga berteriak "Saya menyesali perkahwinan ini! Kamu ternyata bukan tulang rusukku!!!"

Tiba-tiba WANITA terdiam, dan berdiri kaku untuk beberapa saat.

LELAKI menyesali akan apa yang sudah dia lafazkan, tetapi seperti air yang telah tertumpah tidak mungkin untuk diceduk kembali. Dengan berlinang air mata, WANITA kembali ke rumah dan mengambil barang-barangnya, bertekad untuk berpisah. "Kalau saya bukan tulang rusukmu, biarkan saya pergi. Biarkan kita berpisah dan mencari pasangan sejati masing-masing".

Lima tahun berlalu. LELAKI masih belum lagi berkahwin, tetapi berusaha mencari khabar akan kehidupan WANITA. WANITA pernah ke luar negeri tetapi sudah kembali. Dia pernah berkahwin dengan seorang asing dan bercerai.

LELAKI agak kecewa bila mengetahui WANITA tidak menunggu, sepertinya.

Dan di tengah malam yang sunyi, dia meminum kopinya dan merasakan sakit di

hatinya. Tetapi LELAKI tidak sanggup mengakui bahawa dia merindukan WANITA.

Suatu hari, mereka akhirnya bertemu kembali. Di airport, tempat di mana banyak terjadi pertemuan dan perpisahan, mereka dipisahkan hanya oleh sebuah dinding pembatas.

LELAKI: Apa khabar?

WANITA: Baik... Kamu sudah menemui tulang rusukmu yang hilang?

LELAKI: Belum.

WANITA: Saya akan terbang ke New York dengan penerbangan berikut. Saya akan kembali 2 minggu lagi. Telefon saya kalau kamu berkesempatan. Kamu tahu nombor telepon saya kan ? Tidak ada yang berubah.

WANITA tersenyum manis, berlalu di hujung lafaz "Selamat tinggal.."

Satu minggu kemudian, LELAKI menerima khabar WANITA adalah salah seorang korban Menara WTC. Malam itu, sekali lagi, LELAKI meneguk kopinya dan kembali merasakan sakit dihatinya. Akhirnya dia sedar bahwa sakit itu adalah kerana WANITA, tulang rusuknya sendiri yang telah dengan bodohnya dia patahkan.

Kita menempiaskan 99% kemarahan walau kepada orang yang paling kita cintai. Dan akibatnya adalah penyesalan. Seringkali penyesalan itu datang dikemudiannya, akibatnya setelah kita menyedari kesalahan kita, semua sudah terlambat...

Kerana itu, jagalah dan sayangilah orang yang dicintai dengan sepenuh hati... Sebelum mengucapkan sesuatu berfikirlah dahulu, apakah kata-kata yang kau ucapkan akan menyakiti orang yang dicintai? Kira merasakan akan menyakitinya, sebaiknya jangan pernah dilafazkan. Kerana semakin besar risiko untuk kehilangan orang yang dicintai.

Jadi berfikirlah, apakah kata-kata yang akan dilafazkan sebanding dengan akibat yang akan diterima??

Sumber : iLuvislam.com

.
.
.
Blow Kiss

Monday 27 June 2011

Akibat tidur lewat

Assalamualaikum & Hye guys...


Hari ni kepala aku berpinar-pinar la.Orang nogoghi cakap keneneng kpalo den ha,haha.Nak tau nape? Sebab pandai tidur lewat sangat kan.Konon duk congak-congak,orang dewasa kena tidur at least 4 jam.So,semalam aku pun menggedikkan diri tidur dekat kul 3 pagi pastu bangun hampir-hampir kul 7.Tapi lepas tu sambung tidur balik kat sofa.Sangat teruk kan pangai aku,jadi la macam ni ha.Berpinar kepala.

Tidur itu penting ok,tapi kalau tidur lewat sangat dah jadi salah dah.

Babe,nak tau nape aku kata tidur lewat tu salah.Memang salah sebab bila kite tidur lewat,secara tak sengaja kita mengundang banyak bencana.Cuba korang baca petikan bawah ni:
Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasara yang relaks seperti mendengar musik. Jika seorang surirumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.
Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak. 
Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak. 
Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalammi batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan memnganggu proses pembuangan toksin tersebut.
Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar, anda harus mengosongkan usus.
Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang saki, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.
Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.
 So,kalau kita tidur lambat,kita akan ter'skip' banyak benda yang sepatutnya badan kita buat tyme malam-malam.Tu yang bangun pagi keneneng je kepala ni kan.So,korang-korang yang selalu amalkan tidur lewat tu baik tukar habit tu.Baru badan sihat kan macam aku! Hhahahaha...
Muka pagi-pagi setelah tidur lewat,kepala keneneng tetap maintain comey ok!(Cuma tak sempat nak make-up,dah lambat!).Dah lambat pun ley bergambar,haha..
.
.

.

Sleepy


Sunday 26 June 2011

Nak jugak!

Assalamualaikum & Hye sayang...


Tak kira! Nak jugak kete Myvi ni.Sangat-sangat shantek ok.Nak jugak,nak jugak!

Macam mintak penampar je aku ni kan.Tapi teringin la bila tengok Myvi ni.Aduhai la.Cantek la.Kaler pun sweet je walaupun aku tak minat purple.Sape nak belikan untuk Eyka??

Motif?Hehe..tak dapat Myvi nak Kelisa Putih ni jadi la.Favourite tau.Bila la boleh dapat..

Waaa...aku kenapa ari ni?Aku sebenarnya nak sangat pakai kete ni.Tak kisah la kalau taknak belikan,aku tekad nak carik sendiri.Penatla weh balik kampung naik bas,pergi keje pinjam kenderaan orang.K,fine! Chaiyok,chaiyok! Eyka.Mesti boleh punya.


.
.
Making A Wish

Friday 24 June 2011

Tahniah Sepah! Jozan always da Besh! Nabil kaut sorang-sorang! Jambu maintain Jambu!

Assalamualaikum & Hye sayang...

Kawan-kawan,saya tak ngantuk lagi la.Saya nak update pasal Maharaja Lawak boleh tak.Kegedikan la ayat kau Eyka.Hahaha.Nak tau aku ngah wat ape?Aku ngah tengok Maharaja Lawak Final kat utube.Ni sume makan nya pasal.Aku tak leh nak tunggu ulangan er besok la.Ibu cakap Sepah memang besh,Jozan pun besh gilerz.Tu yang tak leh saba aku nak tunggu.

Korang try la tengok sekali video dorang ni,memang lawak babe!Korang yang tengok Maharaja Lawak kena fikir +ve je tau.No -ve tau,hiburan semata-mata je.Macam tak caye je Sepah ley kalahkan Jozan,tapi rezeki anak Shuib kan.(Tak pasal-pasal kan,hehe).Sume tetap besh!

Yang ni video persembahan Sepah Part 1,Besh wo! Ha..ha..ha..semput..............

Sumpah memang aku gelak besar weh!Hahaha,,boleh plak nak tanam terbalik,haha!Siap ada Dafi tu!

Walaupun Sepah ni memang da besh,memang lawak.Jozan tetap kat hati kan.Bukan senang nak jadi Jozan tau.Dorang selalu kuar ngan lawak-lawak baru,kena carik idea baru.Tapi kalau bab-bab spontan dorang memang terbaik.Jom tengok video Jozan plak.

Aku sangat suka kalau tengok JoZan ni cover salah & cover gelak.Lawak dol!

Ah Chai & Mail Lambung terbaik!!

Mesti korang ngah tersengihkan.Jom review Nabil pulak.Tak kisah la Sepah ke Jozan yang menang.Ko tau nok,dak Nabil ni kaut duet lagi banyak dari dorang ni.So tak kisah la dia no berapa pun.Dia tetap untung woooo!!

Terperanjat acik spiderman er hidup!

Dis is besh bro!

Ok,yang last sekali Jambu.Aku minat ngan Jambu sebab tengok reaksi muka dorang lawak gile!Idea Jambu ni pun kadang-kadang lain dari yang lain.Tu yang besh tu,pastu ayat-ayat dorang mesti jadi trademark kt Fb.Ganas dorang ni ka,tapi ganas-ganas pun ati Jambu,walaweh!

Part serang-menyerang tu tak tahan,comey giler!Muka ganas,hahaha!


Eh!Zila Bakarin!

Ok,fine.Habis dah suma aku masukkan video dorang.Apa pun Ac tetap yangpaling sempoi!Asal boleh je dia menyelit dalam lawak-lawak peserta ni.Peace yo!
.
.
.
Hear, See, Speak No Evil




Akhirnya!

Assalamualaikum & Hye dear...

Walaweh! Akhirnya Sepah menang jugak.Tak kira la Sepah ke Jozan ke menang,waghih Nabil totap untung.Bolot sorang-sorang ooo...RM 150 ghibu 2,walaweh! Kayo pakcik.Sebenarnya aku terlepas tengok Maharaja Lawak tadi.Nak makan ikan bakar nya pasal kan.Bukan senang nak mintak Musaddiq Ayub belanja tu.Tak kisah la Maharaja Lawak tu sobab er pasni confirm ade ulangan er kan.Dapat tengok keputusan dia jadi la.Yang penting muka Zizan tadi sangat cemas ok.Funny giler!

Malas pulak nak update gambar Maharaja lawak,aku update gambar ngah makan la.Boleh gitu?hahaha..Teruja aku sebab 1st time Musaddiq nak belanja aku.Tapi yang men 'spoil' kan mood aku,lauk dia sume pedas-pedas.Agaknya kedai tu dah banyak sangat cili kot,tak tau nak campak ke mana,dorang campakla dalam lauk kitorang.Tak kenyang aku makan pedas-pedas.

Menu utama ikan siakap masak 3 rasa.(Aku rasa siakap kot,tapi kalau salah maap ye,haha).Besar wo ikan dia.Lauk tambahan sayur kailan,cendawan ngan sup tulang.Bukan aku yang order ok.Musaddiq yang tamak sangat..

Ni la Musaddiq dgn gadis dia,Hajar.Gambar curik!Hahaha.

Kau hado?hahaha..

Nampak sedap kan?Memang sedap pun,tapi podeh ya amat-amat.

Untuk korang?Tinggal tulang je,maap la yo.Hahaha..

Dahla,tu je la yang aku nak update.Perut kenyang,mata pun nantok.Time untuk membuta la yo.Korang pun tito,jangan nak online yo.

.
.
.
(Mood konyang,hahaha)

Suami idaman Wanita

Assalamualaikum & Hye sayang...


Ok..taknak membebel panjang dalam entri yang ini.Cuma terbaca dekat blog ILuvIslam tentang Suami Idaman Wanita termasuk la aku.Aku ni wanita ok,hahaha..Cuba baca ayat bawah ni,
Isteri adalah untuk dikasihi dan disayangi dengan penuh kasih sayang. Isteri bukan tempat untuk si suami melepaskan amarah yang tiada berkesudahan . Isteri adalah makhluk tuhan yang perlu dibelai, dididik dan dihormati setiap masa.

Sangat bahagia ok menjadi seorang wanita ni.Tapi sekarang ramai dah lelaki yang tak hargai wanita lagi-lagi isteri diorang.Hari-hari tengok dalam paper wanita nak kena bakar la,kena tumbuk la,kena terajang la,kena tikam la.Sangat DAYUS la kaum Adam sekarang ni.Nak tau tak wanita ni tinggi martabat dia tau,jangan senang-senang nak gunakan wanita ni jadi tempat lepaskan perasaan korang.

Wanita hadir atas nama cinta. Ya, cinta yang paling agung adalah datangnya dari Ilahi. Bagaimana Allah memurnikan kewujudan wanita bukan sekadar hiasan dunia. Hawa, adalah wanita pertama yang diciptakan atas dasar cinta Allah kepada Adam. Setelah melalui beberapa frasa kehidupan dan sejarah, tidak dapat digambarkan betapa Allah sentiasa kagum dengan kehebatan cinta seorang wanita.

Sape-sape lelaki kat luar tu yangbakal jadi suami ke,dalam perancangan nak jadi suami ke,or teringin nak jadi suami korang baca dulu entri --->>> Suami Idaman Wanita. Untung kalau aku dapat suami macam dalam entri tu,ouch! Berangan lah Eyka..

.
.
.
In Love

Thursday 23 June 2011

K-Pop Fever

Assalamualaikum & Hye sayang...

Heeee.... Aku ni manjang tersengih je kan.Actually,hari ni sebenarnya not in a gud mood.So,my smiley should be like dis, lalala...Eyka dah merepek.Ok la guys,sebenarnya K-Pop fever ni dah lama bertandang kat Malaysia ni.Aku pun dari sekolah menengah dulu dah layan cerita Korea ni kat TV dulu.Kalau tak silap 8TV kot yang selalu tayangkan citer korea.

Aku ni ada habit yang patut kena buang.Sebab buruk sangat habit aku,hahaha.Teruk! Aku kalau dah dapat tengok cite korea,takpun dapat novel cinta-cintun ni sampai tak tidur malam aku semata-mata melayan benda alah ni.Budak rumah aku pun dah faham sangat ngan pangai aku.Huhu,final exam pun boleh aku layan cite korea ni.Sebab baru dapat kan,keterujaan aku lain macam.Dalam 1 malam aku berjaya abiskan 1 cerita korea ni.Hamek kau,kalau suh study memang tak la kan.Kim salam yo la.

Cite ni la yang aku abiskan dalam masa 1 malam je babe!

Sayang-sayang yang bukan addict ngan cite korea ni mesti dalam hati korang berkata-kata,"Eleh..ape sangat la abiskan filem 1 malam.Tu pun nak kecoh,cik Eyka gonjeng ni".Hahaha..masalahnya korang tak tau berapa banyak episod cite korea ni.Memang kopak wo! Dahla time tu ngah final kan.Naseb baik la result aku boleh tahan.Kalau tak tahan memang aku campak sume dalam tong sampah.

Korang paling suke cerita korea ape weh?cam budak-budak pulak gaya aku menanye ni.Hahaha! Elok mood aku macam hampeh pagi tadi,cerita pasal korea ni terus kacau bilau jiwa raga.Jom aku bagi korang tengok (tengok poster je) antara cerita-cerita korea yang aku suka gilerz tengok.Lobih 456 juta kali dah aku ulang tengok.(kalau ada yang caya aku cakap ni,tak tau la..korang antara yang paling lurus dalam dunia).









 Hahaha..hamek kau,ni entri paling panjang sebab aku malas nak susun gambar ni elok-elok.Biar la diorang macam tu.Ni suku je tau,bersepah lagi.Korang yang addict jugak ngan citer korea ni cuba la tengok online. Macam aku kan,malas aku nak beli DvD/Cd/Vcd dia,aku tengok online je kat www.mysoju.com.

.
.
.
Yowza









Wednesday 22 June 2011

Aku adalah customer yang baik

Assalamualaikum & Hye dear...


Hehe..pembukaan je dah tergelak kan.Nape?1st tajuk entri aku macam mintak pelempang.2nd aku panggil korang 'dear'.Walaweh,tak terharu ke weh.Hahahaha.Di tengah hari yang cukup indah ni aku nak cite sikit pasal pagi tadi sarapan aku yang tak berapa nak indah.Korang tengok je gambar bawah ni dulu,saje nak main teka-teka ngan korang nih.

Cuba la korang teka apa bende colour hitam kat atas roti canai den ni ha.

Yes,tepat sekali!!(cam aku tau je korang teka ape kan,hahaha).LALAT ok! Sungguh menjijikkan.Wuek,wuek! Lagi jijik korang nak tau tak,mula-mula ak ingat benda alah tu bunga cengkih ok.Siap buat main tu.Bongok, sekali LALAT da.Aduhai,terasa kebodohan aku yang amat-amat sangat.Eyka,eyka.Cepat-cepatla buat spek baru.Kan dah menyusahkan diri rabun-rabun cam ni sampai LALAT dengan CENGKIH pun tak leh nak beza.

Kenapa pulak aku cakap aku ni customer yang baik.Aku tak report pun kat owner tu.Walaweh.Sungguh baik aku ni kan.Aku biarkan je benda tu terletak kat situ.Dekat setahun aku sarapan kat kedai mamak ni,ni 1st time aku jumpa menatang.Pandai-pandai la mamak tu fikir.Kalau dapat kat ibu aku ni,bak kata Naqib Jailani 'Confirm la mesti dapat makan free sebulan'.Hehehe.Waaa!! Tiba-tiba tekak aku mual.Macam dah taknak makan kat kedai tu lagi dah.
.
.
.
Hear, See, Speak No Evil

Tuesday 21 June 2011

Pencuri yang agak kurang ajar

Assalamualaikum & Hye guys...


Hari ni pagi-pagi aku datang ofis dengan keadaan yang membengangkan.Ni sume gara-gara manusia yang miskin harta,pastu miskin ilmu.Kurang ajar punye olang.Boleh pulak dia curi meter air kat tingkat bawah ofis aku nih.Even takde kaitan ngan ofis aku tapi benda ni menjejaskan.Dan-dan paip tu dekat tangga nak naik ofis aku, pastu air memancut-mancut sampai 2 3 anak tangga.Camne customer aku nak naik,sakit jiwa aku dengan manusia yang tak bertamadun ni.Kalau 1 meter je dia curik takpe tapi hampir sume meter kat sume kedai bawah ni dia curik!Kurang ajar la tu kan!

Ha..ni bukti dia.Kalau tak silap meter dia kan kena curi.

Aku baru je dapat call SYABAS.Dari pagi pukul 8.15 aku call tak dapat,last-last pukul 9.15 tadi baru dapat.Geram je aku,tapi mungkinla diorang masuk kerja kul 9.00 kan.Tak boleh nak salah kan dorang.Lantaklah! Cian aku tengok auntie-auntie ngan uncle-uncle kedai bawah ni.Gambar atas tu kira ok la 1 meter je hilang,yang lain ada sampai 2 3 yang hilang,korang bayang la air dia memancut camne.Kejam la pencuri tu.Dahla mencuri,menyusahkan orang pulak tu.Geram je aku,yang SYABAS ni bila ntah nak datang.
.
.
.
(Smiley geram camne?aku tak tahu la.Hahaha)

Monday 20 June 2011

Takut nak pakai lense lagi

Assalamualaikum & Hye Guys...

Hehehe..hari ni terajin pulak plus ade je idea datang nak suh aku update blog ni.Al kisahnya,aku ni sebenarnya memang rabun.Eh,sebenarnya takde la rabun tapi menggedik pakai spek yang ada power last-last memang power mate aku ni hilang la kan.Kekal la jadi gadis rabun.Aku pakai Contact Lense ni pun sebab rimas pakai spek.Lepas tu dan-dan spek aku patah awal tahun lepas,aku pun kekal pakai Contact Lense sebab malas nak pegi buat spek(malas ke takde duet,hahaha..lalala,)

Sangat-sangat matured aku walaupun baru sem 1.Tahun 2007!Walaweh *teruja sangat

Setelah beberapa tahun aku pakai Contact Lense, rabun aku ni makin menjadi-jadi plak.Power jangan cakapla,makin bertambah.Rimas aku,nak tengok tv kene duduk depan tak nampaknya pasal.Nak dijadikan cerita sekarang ni aku suka pulak beli lense korea thru online jer.Ada satu lense ni,dah sebulan kot aku pakai,ke lebih.Aku pun tak ingat la.

Tapi yang penting aku pakai je rase macam pedih mate ni.Pastu my Abang pun suruh la buang jauh-jauh lense tu,dia kata dah tak elok kot.Aku cakap tak mungkin la,baru je beli.Last-last tengah hari tadi aku menamatkan riwayat lense aku sebab macam takde function je aku guna.Menyakitkan mata je.

Aku tak buang terus lense aku.Aku biarkan je dulu kat sink and know what? Lense tu mengeras. Wahhh,aku baru tau ke ape ni.Mungkin sebab dia kering dats y la dia jd keras kan,macam pelik je kan.Aku terbayang lense tu keras dalam mata aku. Sumpah takut weh!

Terserlahkan keterujaan aku dengan lense yang dah keras ni,huhu..

Dan-dan aku terus Google cerita pasal Contact Lense ni sebab dah takut sangat.Biasa la bukan sume bende ada baik je kan,mesti ada buruk dia.Pandai-pandai la kita nak elakkan.Nak pakai lense boleh tapi hygiene kena la jaga.Aku pun kadang-kadang main punggah je.Nak tau lagi korang try baca kat sini-->> Kesan memakai contact lense. A gud info.Sharing is Caring ryte?
.
.
.
^_^

Kopi Baik Untuk Kita!

Assalamualaikum & Hye guys...


Hari ini tiba-tiba pulak terajin nak update blog. Rasa-rasanya nak cerita pasal wanita la.Mana-mana kaum Adam yang nak baca pun boleh.Sebenarnya aku ini ada masalah yang sering wanita-wanita lain alami,ceeehhhh! Ayat tak menahan. Masalah apa?Masalah senggugut,yes! Aku benci betul bila kena senggugut ni,rasa macam nak beranak je.(Macam tau je rasa orang beranak camne kan,hahaha). Tak kisahla,tu bukan tujuan utama aku.

Setelah beberapa tahun aku alami sakit senggugut ni,2 3 hari lepas baru ibu aku tiba-tiba cakap."Eh,pergi minum kopi la,ibu lupa la kopi tu boleh cairkan darah". Zup!Tanpa berfikir panjang,aku terus buat air Kopi O. Memang lepas tu senggugut aku kurang,lepas tu terus hilang. Wahhh,macam tak caya je kan. Punya la bertahun aku kena makan ubat sebab senggugut ni,last-last hilang camtu je.

Banyak tau khasiat kopi ni.

Semalam aku try la Google sebab nak tengok khasiat kopi ni.Sebenarnya banyak lagi khasiat kopi ni yang kita tak tahu.Syarat dia jangan amik berlebihan la,kalau dah lebih-lebih tu yang boleh memudaratkan.Dalam sains orang selalu cakap kan kopi tu tak bagus untuk kesihatan tapi sebenarnya kalau berlebihan. Padahal kopi ni sendiri minuman kegemaran Nabi Muhammad kita selain susu ngan madu.

Jom aku try senaraikan khasiat kopi yang aku dapat hasil peng'google'an aku semalam,(Dush3! Aku ni buat rosak bahasa je,maap3)

  1. Kandungan utama dalam kopi ialah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung.
  2. Kafein acap kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada obat sakit kepala. 
  3. Kafein dikatakan dapat menyusutkan lemak dengan memecahkan lemak menjadi sumber tenaga semasa bersenam.
  4. Saintis-saintis di Barcelona bersetuju dan telah terbukti dengan kajian mereka bahawa gabungan kafein dan gula membantu meningkatkan kemampuan otak seperti daya ingatan.Sebab tu la kalau kita tengok mat saleh ni suke lepak coffee house ke starbuck ke kan.
  5. Kopi cuba dapet membantu mengurangkan sakit-sakit macam sakit jantung,strok,kanser and kesuburan lelaki tapi tidak untuk wanita mengandung.Kopi boleh menjejaskan kandungan.
  6. Kopi pun baik untuk kulit kita tau,bukan untuk minum je tapi orang buat produk kecantikan jugak sebab kopi ni boleh tanggalkan sel-sel kulit mati,hilangkan bau badan and banyak lagi la.
Itu je la yang aku boleh kumpulkan.Banyak lagi kebaikan tapi yang pasti setiap yang baik ada buruk dia kan. So,korang yang suka sangat ngan kopi macam aku ni dinasihatkan jangan amik banyak sangat and jangan minum pekat-pekat. Diz is not besh bro.Nanti korang yang susah.Oklah,see u soon guys!
.
.
.
^_^

Saturday 18 June 2011

My Sweet Gugurl and Boboy

Assalamualaikum & Hye guys...

Terasa macam pelik je kan eyka update blog pada hari sabtu and malam-malam buta pulak.Actually saje je nak cerita pasal gugurl and boboy yang aku sayang sangat-sangat.Curious tak?Eh..tak langsung??Dush3,malu aku nokkkkkkkkk!!!

Ini lah boboy and gugurl aku,hehe..Comey x?Sweet x?

Jom aku kenalkan boboy aku dulu.Sebenarnya gugurl ngan boboy tu anak maksu aku,eh..maksu my darling,Naqib Jailani tu. Nama dia Mohd Naufal Hakimie.Sangat-sangat degil tapi mendengar kata budak ni,bagus.Hehe,budak ni panggil aku Eyka je,tapi takpela.Yang penting aku seronok melayan.Opal umur dia dah dekat 3tahun lebih.

Berat la Opal ni...

Sangat-sangat manja ngan Angah dia,jeles i tau!

Yang gugurl tu baru je lahir. 12.06.2011 hari tu.Nama dia Qaseh Nur Aisyah.Besh kan nama die?Lame tu kitorang pegang nama tu,3 4 bulan sebelum dia lahir kitorang dah letak nama tu.

Comey kan ini budak?dah pegang rase taknak bagi balik kat mama die.Tyme ni belum cukup sehari lagi.

Tyme ni pulak Isya dekat seminggu dah.Kena ruam-ruam,cian dia.

Selesai sudah cite boboy and gugurl aku nih.Bila la aku boleh ada boboy and gugurl sendiri kan.Sangat comey budak-budak nih.Rase nak angkut bawak balik je.
.
.
.
^_^

Yang sayang Eyka, :P