Tuesday 31 May 2011

Wordless Wednesday : Movies!

Assalamualaikum & Hye guys...



Nape,nape and nape??Just think by ur self coz today is Wordless Wednesday


.
.
.
^_^
♥♥♥

World Milk Day

Assalamualaikum & Hye guys...

Mesti korang tak tahu kan kite ade hari susu sedunia sebab aku pun baru tahu,hahahaha.Hari susu sedunia ni biasanya disambut setiap 1 Jun bersamaan dgn hari ni la.Macam mane sambutan dia pun aku tak penah tgk.Agaknya hari ini sume kedai serve air susu kot(erk,takde langsung).



Hari susu sedunia ni mula disambut pada tahun 2006.Cara dorang sambut dengan bagi susu,cheese,yogurt ngan aiskrim secara percuma kat orang ramai.Saje je aku bold percuma tu sebab kalau percuma mmg korang nampak yg paling pantas kejar adalah aku,hahahaha.

Eh,lupa nak cakap company yg perkenalkan 'World Milk Day' ni adalah leader bagi industri tenusu ni iaitu DeLaval.Dorang ngan partner dorang FAO(Food&Argiculture Organization).Betol ke fulllname FAO 2,betol kot.DeLaval ngan FAO ni cuba kongsi maklumat tentang susu ni kat seluruh dunia disamping membasmi kemiskinan rakyat dunia.

Nak tau lagi pasal 'World Milk Day' ni korang try tgk kat web http://worldmilkday.com/. Kat situ jugak korang ley tengok mitos-mitos yg salah tentang susu dan fakta sebenar ttg susu ni.Yg plg aku suke mitos die org kate kalu minum susu ni boley gemok kan.Sebenarnya salah sama sekali sebab fakta dia kalau kita amik low fat milk untuk kadar yang cukup,ia dah membantu membakar kalori dan ianya adalah cara yg sesuai untuk turunkan berat badan.Lepas ni at least sehari kene minum susu! Yes,aku mmg suke susu lagi-lagi HL.Dedapnya.....

Ok fine.Tgk gambar ni buat aku nak pegi 99 sekarang jgk beli and makan.Waaaa....

.
.
.
^_^
♥♥♥

Monday 30 May 2011

Issue 'bir halal' yang Haram

Assalamualaikum & Hye guys...

Tak tau macam mane nak start celoteh aku,tapi bile dah start ase macam taknak stop je.Hahaha..(Tak pasal-pasal tergelak padahal tak lawak pun). Ok lah guys,hari ini time aku bace myMetro aku ade terbace 1 issue nih. Yang ngah kecoh-kecoh kat Malaysia nih. Pasal 'Bir halal' yg aku pun sebenarnya baru tau. Sgt-sgt ketinggalan zaman aku ni kan,hahahaha..Lantak lah,lambat ke cepat ke janji aku tahu.Hahaha(Gelak jahat).

Dahla,korang bukannya nak dengar aku celoteh ni.Terus kepada issue dia,hehehe.Aku ada baca pasal JAKIM dah wat ujian kat 1 brand minuman 'bir halal' nih untuk dianalisis.Selidik punye selidik rupa-rupenya air yg dikatakan halal tu dah lebih piawaian yg ditetapkan.

Sebenarnya Majlis Fatwa Kebangsaan memutuskan kandungan alkohol dalam makanan serta minuman yang dibenarkan syariat Islam ialah tidak melebihi 0.01 peratus tapi hasil yg dorang dapat dari analisa tu 0.05. Jadi secara automatiknya ia bertukar haram walaupun lebih 0.04 je.Nak tau lebih lanjut korang tgk kat myMetro-'Bir halal' jadi haram sebab aku malas nak cerite banyak-banyak.

Yg lebih jadi issue ni bila syarikat pengedar minuman malta berjenama Barbican masuk surat kabar jgk cakap dorang rugi sebab pengguna salah anggap and buat spekulasi 'bir halal' yg aku duk cite kat korang tu air yg syarikat dorang keluarkan.Padahal dorang cakap air dorang tu adalah air buah-buahan and tak ada pun alkohol dalam tu.

Rasa cam kosong je,aku tepekkanlah gambar Barbican tu siap ada sijil halal lagi.

Rasa-rasanya pengguna Malaysia sekarang dah bijak buat keputusan mana baik mane buruk kan.Kalau korang nak baca lagi cerita Barbican ni tgk kat surat kabar Metro takpun online je kan cepat,tgk kat myMetro-'kami kerugian'.Tapi sebagai orang Islam kan,kalau was-was tu baik tak payah minum.Tapi kalau rasa ok je,sukati korang lah asalkan jgn minum 'air kencing syaitoooonnnn' yg betul tu sudey.Kita tunggu je la keputusan dari JAKIM and kita ni yang tak berapa nak cukup banyak ilmu ni,kalau Jakim yg lebih arif tu Haram ia tetap Haram.Jangan kite menidakkan yg benar dan membenarkan yg salah.
.
.
.
^_^
♥ ♥ ♥

Sunday 29 May 2011

Siti Nurhaliza,Jacklyn Victor & Maznah Zolkifli sertai Askar Wataniah

Assalamualaikum & Hye guys...

Cite pasal Siti Nurhaliza,Jacklyn Victor & Maznah Zolkifli join Askar Wataniah mesti ngah heboh kan. Tapi aku nak jugak post cite ni,tak kisah la korang nak bace ke tak,hahahaha...Kejam sungguh Eyka nih. Tak lama lagi ramai lagi la artis yg bakal jadi ikon Askar Wataniah ni. Tapi jgn setakat nama je tapi aktiviti yg dorang buat tak join. Apa salah tutun padang kan,artis pun rakyat biasa jugak,tak perlu bagi layanan istemewa sgt.Artis-artis ni kene la ingat yer jangan join untuk dapat nama je.Join sebab bersunggung-sungguh nak join,nak tolong orang baru betul.Jom tengok artikel pasal cerita ni..



KUALA LUMPUR, 26 Mei – Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat.
“Siti Nurhaliza (gambar) bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya,” kata  Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik Bernama Online hari ini.
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.
“Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa,” katanya.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.
Ahmad Zahid berkata, selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah.
Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.
Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat adalah menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.
“Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera ‘rakyat’,” katanya.
.
.
.
^_^
♥♥♥

Sahabat

Assalamualaikum & Hye guys..

Hari ini rasa macam kosong je kan, 'Monday sickness' kot,(betol ke,lalala).. Abaikan lah,hari ini terasa nak tulis tentang sahabat-sahabat yang aku sayang.Ramai sangat sahabat aku,korang-korang sume sahabat aku tapi diorang ini antara yg special dalam jantung aku.Jantung tu,ayat tak menahan.Jom aku bawak korang review sahabat aku sorang-sorang.Poyo je kan ayat aku,hahaha..

Of coz la yg 1st skali my Mr.Naqib.Mane boleh orang lain jd sahabat aku yang paling baik.Kan??hehehe... Dia la tempat aku nak mengamuk,tempat aku mintak duet,tempat aku bercerita.Dia jugak la orang yg slalu wat aku mengamuk,last-last dia balik kene kan,padan muka! Takde sape kot yg boleh tahan ngan pangai aku mcm dia ni.Kadang-kadang cian gak kt dia tapi nak wat cmne dah pangai aku macam ni,hehehe..

Trase mcm sweet je dlm pic ni kan,hakhak!

Ok,dah2..Seterusnya dah tentu la siblings@kembar aku kat PD.BFF 1 umah dgn aku,siyes weh mmg susah gile nak dapat membe 1 umah macam dorang ini.Dahla 1 kepala,pastu sume baik,sume caring.Ada bile susah ngan senang.Selalu kongsi cite,problem.Banyak dh benda pahit manis kitorang lalui.Nak kenal dorang?Jap aku tepekkan gambar dorang.

Blakang tu Cikmeh ngan Debab, depan plak dak Ecah,aku ngan Dyra.

Atas ni gambar kitorang berlima.Aku korang dah kenal sgt kan.Cik Meh,Debab,Ecah ngan Dyra ada kat dalam gambar ni.Ada lagi 2 orang. Sorang ni kitorang panggil dia Akak,sebab die lahir paling awal antara kitorang.Susah nak dapek gambar akak ni,meh den tepek an gambar dio ngan dyra.

Golap er kau mok..Maap,maap,maap..hahaha

And for da last 1,she is my very beshfwen.Noor Haryati Binti Idris.Mesti korang tertanye-tanye kan nape ak letak die last sekali.Dia ni sgt-sgt special bagi aku kan.Kitorg panggil dia Putri.Dia baik sgt,comel,peramah, happening,caring.Dia slalu sgt layan mood aku.Tak kisah la aku sedey ke apy ke.Rahsia aku,masalah aku sume dia tahu.Tapi Allah lebih sayangkan dia,09.06.2009 tarikh keramat dia dan paling sadis aku antara orang terawal yang tau.Perit,pedih,tak caye sume ada. Walau apepun,aku slalu doakan dia bahagia kat sane. takda sape ley ganti tempat dia.Kosong sampai aku jumpa dia balik nanti.

Dua-dua ni syg sy.....

Smoga Allah lindungi sahabat-sahabat aku.Mereka adalah sahabat yang terbaik and paling aku syg. Al-Fatihah utk arwah Putri,Smoga dia ditempatkan dikalangan hamba-hamba Allah yg beriman.
Sahabat yg beriman ibarat mentari menyinar,
Sahabat yg setia ibarat pewangi yg mengharumkan,
Sahabat sejati menjadi pendorng impian,
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah..
Slalu dgr lagu 'Kau sahabat kau teman kan'?Cuba dgr lagu ni plak....
.
.
.
^_^
♥♥♥

Thursday 26 May 2011

Secret Recipe Menjawab Isu Bahan Makanan Haram

Assalamualaikum & Hye guys...

Pagi Jumaat yg mulia ini meh aku bagi korang baca artikel yg aku amik dari blog AANS / Anan-Anak Negeri Sembilan Secret Recipe ni.Ingat tak kes Secret Recipe dengan syarikat Puratos tu?Kalau korang tak ingat korang baca entri aku, Lagi Kisah Bahan Makanan Haram.   Maleh den nak cito laie,panjang ya amat. Hehehe. Jadi Secret Recipe pun dah muncul bagi kenyataan balas. Jom tengok apa yang dorg cakap.

PETALING JAYA: Secret Recipe menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan Puratos Malaysia Sdn. Bhd. sehingga ramuan kek keluaran syarikat itu dikatakan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi
Sebaliknya khabar angin itu timbul ekoran syarikat tersebut menggunakan perkataan umum 'secret recipe' pada produk mereka.
Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal dengan hebahan dalam beberapa blog yang mendakwa mereka menggunakan dua bahan ramuan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.Kami tidak menempah dan menggunakan bahan ramuan yang dikeluarkan syarikat itu. Dua jenis produk yang dikenal pasti itu menggunakan perkataan 'secret recipe' secara kebetulan," katanya.
Menurut Wan Zawani, kek keluaran Secret Recipe dihasilkan menggunakan bahan ramuan halal dan mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pada Isnin, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Sementara itu, laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Zawani berkata, pihaknya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium.
"Semua ramuan yang diimport juga mempunyai persijilan halal luar negara yang mendapat perakuan halal daripada Jakim," katanya.
Zawani berkata, jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak Secret Recipe di talian 03-78034891.

Sumber: Mstar Online
So,sekarang dah terang lagi nyata lagi bersuluh kan mengenai kek Secret Recipe.Yang mane addict gile 2 boleh la korang teruskan hobi korang dengan kek kesayangan korang ni.

^_^
♥♥♥

Wednesday 25 May 2011

Takaful vs Insurans Konvensional

Assalamualaikum & hye guys...

Hari ini tiba² aku dpt ilham nak buat entri pasal insurans & takaful.Bukan sebab aku nak promote Takaful,tapi lebih utk berkongsi ilmu.Tak salah kan aku nak kongsi² ilmu yang aku tahu kpd yang tak tahu.Sambil² tu aku boleh tambah ilmu aku jugak.

Cite pasal haramnya insurans ni maybe dah familiar bagi korang,tapi ada jugak yang baru nak tahu.Tapi ramai yang cakap klu insurans tu haram,Takaful pun haram lah sebab dua2 insurans.Sama je nanti² kita dapat gak pampasan kan.Jawapannya korang SALAH.Insuran & Takaful sgt²
berbeda,hehehe.Jom aku terangkan sikit pasal Insurans & Takaful.

Insurans ni gunakan konsep perniagaan .Dalam perniagaan ada proses jual beli kan,cuba tgk syarat jual beli. Dia mesti ada barang yang dijual/dibeli kan.Tapi dalam insurans,syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan atau barang yang dijual yg bertujuan mencari keuntungan.Korang boleh rujuk kat web Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman ttg insurans ni.Slain tu,insurans ni pun ada unsur² Riba & Gharar yang menyebabkan insurans ni diharamkan.Korang try tgk kat page ni klu nak lebih faham sbb aku pun tak reti nak terangkan sgt >>> http://staf.uum.edu.my/alib/wb3053/insuran.pdf.

Takaful plak berbeza sbb dia bukan pakai aqad ‘Mu'awadah Maliah'(perniagaan) mcm yg diamalkan insuran.Takaful telah menukarkan aqad tu kpd aqad Tabarru'at (kontrak derma).Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

(hehehe..promote sikit)

Senang je konsep dia,klu korang bagi derma/hadiah kat some1,takkan korang nak kene bagitau ape hadiah korang/berapa derma korang kan.Korang pun takkan nak mengharap balasan plak dari dorang kan.Macam tulah konsep Takaful tapi org selalu pertikaikan. 

Nak nampak lagi perbezaan dia,cuba korang tgk rajah bawah ni.Copy paste entri Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman.

Konvensional
Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan
Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran
Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah
Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.
Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'
Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum

Senang kata,dgn Takaful ni kita cuba bantu saudara² kita yg dalam musibah,mane tau sok² dorang plak bantu kita bile kite dlm susah.Free² kan dpt pahala.Korang sebarkan ilmu ni pun dpt pahala.(Perlu ke bold word sebarkan tu,hehehe)
Lepas ni tak kira nak buat insuran nyawa ke,kenderaan ke,liability kita ke.Korang pilih lah Takaful. Dah byk dah syarikat Takaful kat Malaysia ni,takde alasan utk tak pilih Takaful.
Ust. Zaharudin pun tegaskan yg kita ni WAJIB amik Takaful.

^_^
♥♥♥

Monday 23 May 2011

Lagi Kisah Bahan Makanan Haram

Assalamualaikum & Hye guys..

Mesti korang ada dengar jugak kan 'hot status update' yang ngah kecoh kat FB hari ini.
'Kek Secret Recipe Haram'. Wah..bahaya ni keluar statement cam ni kalau xsiasat btol2.
Ramai plak yang dah menangis tersedu-sedan(yeke?takde la sgt kan), lagi2 yang addict ngan secret recipe ni bile bace entri kat Persatuan Pengguna Islam Malaysia.

Malas nak komen pasal entri 2. Korang2 yang belom baca lagi,cer tgk cer tgk kt link bawah ni,


Ok,tujuan aku post entri ni bukan pasal bende DNA vavi ni,tapi aku rasa entri ini dah timbulkan salah faham kat org ramai. Aku yang baca mula2 pun ikot terjebak sekali tapi lepas baca entri2 org lain dgn pendapat2 orang dalam FB baru aku sedar aku dah salah faham.

Ok,aku jelaskan sikit. Sebenarnya 'BUKAN KEK SECRET RECIPE YG HARAM'. Entri atas ini betul tapi tajuk artikel dia salah. Korang perasan tak ada statement dia yang menyatakan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) yang tak halal, bukan Secret Recipe. 2 syarikat ni berbeza. Klu nak tau lagi try tgk sini >>> Senarai Halal. Kat situ korang ley nampak SYARIKAT PURATOS & SECRET RECIPE ADALAH 2 COMPANY BERBEZA.

Korang tak nampak lagi? Korang tgk statement bawah ni :

TALENTO BROWNIES CONCENTRATE SECRET RECIPE (nama produk yg haram)
BRAND: PURATOS (jenama produk yg haram)
-PURATOS MALAYSIA SDN. BHD. (pengeluar yg ditari sijil halalnya)

CARAMEL CREAM CHEESE (nama produk)
BRAND: SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (jenama produk)
-SECRET RECIPE CAKES & CAFE SDN BHD (pengeluar)
Nampak kan beza dia? Unless kalau Secret Recipe gunakan produk PURATOS sebagai bahan buat kek,maka jatuhlah HARAM kek itu.Sekian...hehehehe,tapi mane kita tau kan dia pakai produk syarikat mana.

So,sebagai pengguna Islam ni. Rajin2 lah check status HALAL makanan kita,tapi kalau dah was-was tu xpayah makan pun xpe kot kan. Jom semak status HALAL kt sini laman web www.halal.gov.my
.
.
.
^_^
♥♥♥

Sunday 22 May 2011

Gaye bershopping tahun 2020

Assalamualaikum & hye guys...

Tajuk entri nk besh je kn.hehehe....Entri kali ni ak mls nak taip panjang2,
Korang tgk je video y ak post ni.Seronok gile weh klu pegi shopping cm ni.
Xpayah susah2 nk kuar masuk fitting room,carik saiz xde la,kaler xde la.
Bile la mall kat Malaysia ada bende macam ni. Kagum babe,ak cakap banyak pn xguna kn..korang tgk je la yer..


Besh kn? Ak dh ckp dh td..
Ok la. Jgn lupa follow ak yg baru nk berjinak2 ngn blog ni.
hehehehe..
.
.
.
.
^_^
♥♥♥

Thursday 19 May 2011

“Our World, Their War”

Assalamualaikum & Hye guys...

Korang peminat setia Transformers ke?? Jom join ak dptkan iket free ni.. Senang je, tp korang kene la jadi ahli Nuffnang Cyg dulu tau,baru bley. Contest die senang je,cuma nasib la korang dapat ke x tiket. Berminat??hehehe...ak dh ckp dh mesti nk punye kn,so korang ley tgk cara2 n langkah2 die kt cini..

Eh..xde eh,hahaha...saje je gurau ngn korang, I'm Sorry... >>>>>klik sini<<<<<< Yg ni betul punye!
Thx la kepada The Ultimate Movie Card yg sangat baik hati nk sponsor kn,(cehh..ingt ko bodek2 kt cni dia tau??)


Korang rase ak nk jd Protector ker Destroyer?? Of coz la i wanna b a Protector juz like BUMBLEBEE!!


Ok2,merepek sudah. Hmm,klu ak jd bumblebee,cm ne ak nk protect da world kn... KUAT 2 dh tntu kn,klu x cm ne ak nk lawan Decepticons yg jahat! 2 kn..huhu,Pastu ak nk kumpul kwn2 robot yg lain. Serang hendap Decepticons yg jahat 2. Hahaha,xpun ak ase aku nk pujuk la Decepticons yg pangkat bawah2 tu join ak musnahkan ketua die dr asyik kene tindas je. kn3???

Nak tau np ak nak jd mcm BUMBLEBEE!! ...sebab die shhhuuuuwwweeettt sgt,comey giler mcm aku! hahahaha..BUMBLEBEE!! ni loyal gile,pastu klaka plak tu,ak mmg gelak sampai kuar airmata tgk pangai die(cm tipu je ni),hehehe..tp betol,BUMBLEBEE!! ni setia kawan,syg gile kt tuan die..2 yg ak suke 2,robot pn ad sifat kemanusiaan cm 2.

Ni BUMBLEBEE!! tgh bersenam,bersenam pn die comey kn..hehehe

.
.
.
.
.
Tggu ape lg?Cite dh abis dh.Nk tgk gmbr BUMBLEBEE!!? Seb bek la ak banyak stok,
nah..tgk puas2 cyg ak nih..

.
.
.
.
.


Dah2. Cyg ak sampai malu nk tunjuk muke die,
k la guys. Have a gud day!

^_^
♥♥♥


Kenapa aku bertudung?

Assalamualaikum...

Mcm agak panas je tajuk entri ak kali ni kn..xkisah la,hehehe... Sbnrnya ak dapat idea nak wt entri ni lepas terbaca page i luv islam. Beleknya belek page die terbaca plak entri ni yang sama ngan tajuk ak kali ini.
Bukan ape,entri dia ni buat kan aku terfikir kejap. Kenapa ak bertudung?? Kenapa erk. Aku pn x ada jawapan yang pasti. Dulu ak ni hebat jgk dengan free hair die. Buka la ckp ak bertudung ni sesaje je..
Idok la juge.. Tp perasaan teringin nak pakai tudung dtg tiba2.

Mmg betol la enti i luv islam 2. Bile kita pakai tudung mesti org sangke bukan2. dah tu mesti org ckp bukan2 mcm permulaan entri yang ak bace tu. Tp ak abaikan je,janji niat aku betol. Kadang2 sampai ak terprngaruh dgn ckp2 diorang. Yela,ak ni mmg la bukan org yg baik sgt. Tp sape la nak ubah kite,klu bukan diri kita sendiri kan.

Ok. Ni gmbr aku mula2 berjinak2 dgn tudung.(Saje je nk test market ni,hakhak!)

Ak harap sgt perubahan ak ni kekal,sikit2 lama2 jadi bukit kn. Korang jgn la salah fhm tau, ak cuma nak kongsi je pengalaman ak. Hmmm,malas la nk tulis panjang. Korang pn bukan nak bace sgt kn. T ak update plak pengalaman ak yang lain. ok??


:P
♥♥♥

Wednesday 18 May 2011

Barat Style...

Assalamualaikum..
Anak sape la ni kn bek kn,hehehe.... korg prasan x status fb ak ari ni  ade la kaitan ckitttg entri ak ni,
ak bukan sesaje nk wt entri ni tp rase cm cikit MUAL la dgn pangai sesetgh org kite ni yg trlalu agongkn barat 2...

Nk tanye la..seronok ke msuk club?sronok ke pkai bju mcm xpkai?(oopppsss...)hehehe,
tp 2 bukan punca ak wt entri ni,sbb ak pn bukan bek sgt..
cuma yela kn,ak pn baru perasan yg kite ni dh MERDEKA lame(dh msuk bab merdeka plak ha)
tp sbnrnye kite still di jajah...

Tgk je la klu umah nk wt English style baru trserlah kemodenan n kekayaan,
pastu kawin nk wt konsep ala2 GARDEN g2..seb bek akad nikah wajib klu x mesti dh srung cincin kt taman. hattoiyai,smpai bile la kite ttp brfikiran mcm ni..

Kdg2 org yg more kepada KETIMURAN plak ase DOWN,ase xsehebat org yg ikut style BARAT ni..

hebat ke hdup ngan maksiat?

hebat ke hidup ngn air kencing syaitoooonnnn?


trase kaye gile ke?vogue gile ke klu umah kite ikut ENGLISH STYLE ni?
tgk mcm biase je.. ak rase klu gaye KETIMURAN lg cantik,lg berseri dr barat2 ni..
Dlm ISLAM pn slalu mengajar kite KESEDERHANAAN(mcm ayat anwarhadi plak)..

xkisah la makcik,akak2 nk deco2 umah...tp niat 2 jgn terpesong plak...
Deco2 xpela jgk..ni mknan2,air2 dlm umah pn nk ikut Barat..
2 dh tahap melampaui batas2 ISLAM dh 2..

Ok la guys..korg pn penat kot bace ak merepek ni..
so,last ayat ak..
AFUNDI HAZAMA!!
Kawww Timmm!!!
(hahahahahahaha)
:P






Sunday 15 May 2011

Mcm Hampas

Ok fine. Entri kali ni ak nk cite sikit antara Kawan n Sahabat yg korg sayang sgt2 kn. Kite ni slalu anggap kawan2 kite ni macam lebih dari segalanya tp sedar x korg yg kawan n sahabat 2 bende yg berbeza.
 Lalala... Kite straight 2 da point la kn, aku ade bace artikel ni mengatakan bahawa Kawan n Sahabat 2 adalah dua perkara berbeza. Tau np? Kawan ni ada bile kite senang je n bile die perlukan pertolongan kite,ha..cube klu korg mintak tolong kt dorg tyme korg btol2 susah. Mcm ampeh!! Lgsung xnk tlg,dh tu bagi byk alasan plak..

Klu dlm life aku ade la sorg ni, terang2 die ni mmg Kawan..bukan Sahabat. Pasalnya bile die susah mintak tolong ak,kaw2 la pujuk mcm2. Contohnya la klu die xde kenderaan ke,ak sggup anta die balik o pegi ke tmpt yg die nk pg 2. Ak date pn kdg2 kene bawak die. 2 ak xkisah sgt la,ni x bile ak dh anta die ke tmpt y die nk g 2. Bley plak dh smpai die suh ak balik sorg2 kn,sebabnya die nk enjoy ngn orang len plak,xke kurang ajar name nye 2.....


Ok..Motif entri ni sebab nk lepaskan geram kt org 2 je,hehehe!! Cowie babe!




Apabila dtg kesusahan dan kepayahan, di situ lah nyata Kawan dan Lawan.

Tuesday 10 May 2011

Niat xmenghalalkan cara : Hari Ibu adalah Haram

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Yang sayang Eyka, :P