Monday, 20 June 2011

Kopi Baik Untuk Kita!

Assalamualaikum & Hye guys...


Hari ini tiba-tiba pulak terajin nak update blog. Rasa-rasanya nak cerita pasal wanita la.Mana-mana kaum Adam yang nak baca pun boleh.Sebenarnya aku ini ada masalah yang sering wanita-wanita lain alami,ceeehhhh! Ayat tak menahan. Masalah apa?Masalah senggugut,yes! Aku benci betul bila kena senggugut ni,rasa macam nak beranak je.(Macam tau je rasa orang beranak camne kan,hahaha). Tak kisahla,tu bukan tujuan utama aku.

Setelah beberapa tahun aku alami sakit senggugut ni,2 3 hari lepas baru ibu aku tiba-tiba cakap."Eh,pergi minum kopi la,ibu lupa la kopi tu boleh cairkan darah". Zup!Tanpa berfikir panjang,aku terus buat air Kopi O. Memang lepas tu senggugut aku kurang,lepas tu terus hilang. Wahhh,macam tak caya je kan. Punya la bertahun aku kena makan ubat sebab senggugut ni,last-last hilang camtu je.

Banyak tau khasiat kopi ni.

Semalam aku try la Google sebab nak tengok khasiat kopi ni.Sebenarnya banyak lagi khasiat kopi ni yang kita tak tahu.Syarat dia jangan amik berlebihan la,kalau dah lebih-lebih tu yang boleh memudaratkan.Dalam sains orang selalu cakap kan kopi tu tak bagus untuk kesihatan tapi sebenarnya kalau berlebihan. Padahal kopi ni sendiri minuman kegemaran Nabi Muhammad kita selain susu ngan madu.

Jom aku try senaraikan khasiat kopi yang aku dapat hasil peng'google'an aku semalam,(Dush3! Aku ni buat rosak bahasa je,maap3)

  1. Kandungan utama dalam kopi ialah kafein, yang berfungsi sebagai perangsang susunan saraf pusat (otak), sistem pernafasan, serta sistem pembuluh darah dan jantung.
  2. Kafein acap kali juga dijadikan salah satu bahan pelengkap pada obat sakit kepala. 
  3. Kafein dikatakan dapat menyusutkan lemak dengan memecahkan lemak menjadi sumber tenaga semasa bersenam.
  4. Saintis-saintis di Barcelona bersetuju dan telah terbukti dengan kajian mereka bahawa gabungan kafein dan gula membantu meningkatkan kemampuan otak seperti daya ingatan.Sebab tu la kalau kita tengok mat saleh ni suke lepak coffee house ke starbuck ke kan.
  5. Kopi cuba dapet membantu mengurangkan sakit-sakit macam sakit jantung,strok,kanser and kesuburan lelaki tapi tidak untuk wanita mengandung.Kopi boleh menjejaskan kandungan.
  6. Kopi pun baik untuk kulit kita tau,bukan untuk minum je tapi orang buat produk kecantikan jugak sebab kopi ni boleh tanggalkan sel-sel kulit mati,hilangkan bau badan and banyak lagi la.
Itu je la yang aku boleh kumpulkan.Banyak lagi kebaikan tapi yang pasti setiap yang baik ada buruk dia kan. So,korang yang suka sangat ngan kopi macam aku ni dinasihatkan jangan amik banyak sangat and jangan minum pekat-pekat. Diz is not besh bro.Nanti korang yang susah.Oklah,see u soon guys!
.
.
.
^_^

2 comments:

Finaz Jaafar said...

jum blend kopi dan tepek kat muka..hahaha

Cik Eyka said...

hahaha...ok gak 2 weh,mmg bau kopi sentiase la weh

Yang sayang Eyka, :P

Kalau susah,sayang Eyka pakai e-mail je