Wednesday 25 May 2011

Takaful vs Insurans Konvensional

Assalamualaikum & hye guys...

Hari ini tiba² aku dpt ilham nak buat entri pasal insurans & takaful.Bukan sebab aku nak promote Takaful,tapi lebih utk berkongsi ilmu.Tak salah kan aku nak kongsi² ilmu yang aku tahu kpd yang tak tahu.Sambil² tu aku boleh tambah ilmu aku jugak.

Cite pasal haramnya insurans ni maybe dah familiar bagi korang,tapi ada jugak yang baru nak tahu.Tapi ramai yang cakap klu insurans tu haram,Takaful pun haram lah sebab dua2 insurans.Sama je nanti² kita dapat gak pampasan kan.Jawapannya korang SALAH.Insuran & Takaful sgt²
berbeda,hehehe.Jom aku terangkan sikit pasal Insurans & Takaful.

Insurans ni gunakan konsep perniagaan .Dalam perniagaan ada proses jual beli kan,cuba tgk syarat jual beli. Dia mesti ada barang yang dijual/dibeli kan.Tapi dalam insurans,syarikat insuran mengganggap usaha mereka adalah sbg satu perniagaan atau barang yang dijual yg bertujuan mencari keuntungan.Korang boleh rujuk kat web Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman ttg insurans ni.Slain tu,insurans ni pun ada unsur² Riba & Gharar yang menyebabkan insurans ni diharamkan.Korang try tgk kat page ni klu nak lebih faham sbb aku pun tak reti nak terangkan sgt >>> http://staf.uum.edu.my/alib/wb3053/insuran.pdf.

Takaful plak berbeza sbb dia bukan pakai aqad ‘Mu'awadah Maliah'(perniagaan) mcm yg diamalkan insuran.Takaful telah menukarkan aqad tu kpd aqad Tabarru'at (kontrak derma).Hasilnya, aqad derma tidak terikat dengan syarat-syarat jual beli tadi, tidak juga diperlukan untuk jelas dan terang jumlah itu dan ini semasa serahan derma.

(hehehe..promote sikit)

Senang je konsep dia,klu korang bagi derma/hadiah kat some1,takkan korang nak kene bagitau ape hadiah korang/berapa derma korang kan.Korang pun takkan nak mengharap balasan plak dari dorang kan.Macam tulah konsep Takaful tapi org selalu pertikaikan. 

Nak nampak lagi perbezaan dia,cuba korang tgk rajah bawah ni.Copy paste entri Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman.

Konvensional
Takaful
Kontrak Mu'awadah (Pertukaran Jual Beli) antara penanggung insurans dengan pohak yang diinsurankan
Kontrak Tabbaru' ( Derma & sumbangan ) yang disertakan dengan pelaburan.
Pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insuran
Peserta membuat caruman ke dalam skim. Peserta saling menjamin sesama sendiri di bawah skim.
Penanggung insuran bertanggung jawab membayar manfaat insuran seperti dijanjikan daripada asetnya (kumpulan wang insuran dan kumpulan wang pemegang saham)
* Pengendali Takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar Takaful daripada kumpulan wang takaful.
.
* Sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang takaful, pengendali Takaful akan menyediakan (Qardhul Hasan) pinjaman tanpa faedah untuk menampung kekurangan berkenaan.
Pelaburan kumpulan wang bebas tanpa sebarang kekangan Shariah
Aset kumpulan wang Takaful HANYA boleh dilaburkan dalam instrumen yang selari dengan Shariah.
Wang pelanggan dianggap wang syarikat insuran dan dimilki olehnya sejurus dibayar oleh pelanggan.
Wang pencarum tidak di kira sebagai wang syarikat malah ia diasingkan dan tidak dimiliki oleh pengendali
Keuntungan yang dihasilkan dari kumpulan wang pencarum adalah dimiliki sepenuhnya oleh syarikat. Ia juga adalah objektif utama syarikat insuran.
Keuntungan hasil pelaburan dari kumpulan wang pencarum tidak dimiliki oleh syarikat kecuali nisbah yang disumbang dari wang syarikat sendiri. Baki keuntunaghn adalah milik tabung kumpulan wang pencarum.
Pencarum tidak berhak untuk mendapat sebarang bahagian dari 'surplus'
Lebihan, untung atau pulangan dipegang oleh tabung untuk dibahagikan semula kepada pencarum

Senang kata,dgn Takaful ni kita cuba bantu saudara² kita yg dalam musibah,mane tau sok² dorang plak bantu kita bile kite dlm susah.Free² kan dpt pahala.Korang sebarkan ilmu ni pun dpt pahala.(Perlu ke bold word sebarkan tu,hehehe)
Lepas ni tak kira nak buat insuran nyawa ke,kenderaan ke,liability kita ke.Korang pilih lah Takaful. Dah byk dah syarikat Takaful kat Malaysia ni,takde alasan utk tak pilih Takaful.
Ust. Zaharudin pun tegaskan yg kita ni WAJIB amik Takaful.

^_^
♥♥♥

2 comments:

Unknown said...

baik cikgu !!! weee

Cik Eyka said...

hehehehe...
cikgu la sgt kn

Yang sayang Eyka, :P