Thursday 26 May 2011

Secret Recipe Menjawab Isu Bahan Makanan Haram

Assalamualaikum & Hye guys...

Pagi Jumaat yg mulia ini meh aku bagi korang baca artikel yg aku amik dari blog AANS / Anan-Anak Negeri Sembilan Secret Recipe ni.Ingat tak kes Secret Recipe dengan syarikat Puratos tu?Kalau korang tak ingat korang baca entri aku, Lagi Kisah Bahan Makanan Haram.   Maleh den nak cito laie,panjang ya amat. Hehehe. Jadi Secret Recipe pun dah muncul bagi kenyataan balas. Jom tengok apa yang dorg cakap.

PETALING JAYA: Secret Recipe menyangkal dakwaan mempunyai kaitan dengan Puratos Malaysia Sdn. Bhd. sehingga ramuan kek keluaran syarikat itu dikatakan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi
Sebaliknya khabar angin itu timbul ekoran syarikat tersebut menggunakan perkataan umum 'secret recipe' pada produk mereka.
Eksekutif Halal Secret Recipe, Wan Zawani Wan Ahmad berkata, pihaknya kesal dengan hebahan dalam beberapa blog yang mendakwa mereka menggunakan dua bahan ramuan yang dikenal pasti mengandungi gelatin babi.Kami tidak menempah dan menggunakan bahan ramuan yang dikeluarkan syarikat itu. Dua jenis produk yang dikenal pasti itu menggunakan perkataan 'secret recipe' secara kebetulan," katanya.
Menurut Wan Zawani, kek keluaran Secret Recipe dihasilkan menggunakan bahan ramuan halal dan mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Pada Isnin, mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia mendedahkan penemuan mengejutkan iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) babi di dalam bahan ramuan Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder yang digunakan syarikat Puratos Malaysia Sdn. Bhd.
Sementara itu, laman web www.halal.gov.my milik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyebut, mesyuarat yang diadakan pada 12 Mei lalu memutuskan permohonan Puratos Malaysia Sdn Bhd adalah tidak berjaya berikutan penemuan DNA babi berkenaan.
Zawani berkata, pihaknya tidak pernah menggunakan bahan keluaran syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd, sebaliknya menggunakan beberapa bahan diambil dari rangkaian syarikat sama yang beroperasi di Belgium.
"Semua ramuan yang diimport juga mempunyai persijilan halal luar negara yang mendapat perakuan halal daripada Jakim," katanya.
Zawani berkata, jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak Secret Recipe di talian 03-78034891.

Sumber: Mstar Online
So,sekarang dah terang lagi nyata lagi bersuluh kan mengenai kek Secret Recipe.Yang mane addict gile 2 boleh la korang teruskan hobi korang dengan kek kesayangan korang ni.

^_^
♥♥♥

1 comment:

Unknown said...

oke lepas ni boleh baham kek SR banyak2 ! hahaha erkk btol ke perkataan baham tuh??kahkahkah

Yang sayang Eyka, :P