Sunday 29 May 2011

Siti Nurhaliza,Jacklyn Victor & Maznah Zolkifli sertai Askar Wataniah

Assalamualaikum & Hye guys...

Cite pasal Siti Nurhaliza,Jacklyn Victor & Maznah Zolkifli join Askar Wataniah mesti ngah heboh kan. Tapi aku nak jugak post cite ni,tak kisah la korang nak bace ke tak,hahahaha...Kejam sungguh Eyka nih. Tak lama lagi ramai lagi la artis yg bakal jadi ikon Askar Wataniah ni. Tapi jgn setakat nama je tapi aktiviti yg dorang buat tak join. Apa salah tutun padang kan,artis pun rakyat biasa jugak,tak perlu bagi layanan istemewa sgt.Artis-artis ni kene la ingat yer jangan join untuk dapat nama je.Join sebab bersunggung-sungguh nak join,nak tolong orang baru betul.Jom tengok artikel pasal cerita ni..



KUALA LUMPUR, 26 Mei – Penyanyi nombor satu negara Datuk Siti Nurhaliza Taruddin dijangka menyertai Rejimen Askar Wataniah dalam masa terdekat.
“Siti Nurhaliza (gambar) bersetuju menyertai Askar Wataniah atas sokongan suaminya,” kata  Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dipetik Bernama Online hari ini.
Seorang lagi penyanyi, Jaclyn Victor, dan bekas pengacara TV3 Maznah Zolkifli turut melahirkan hasrat menyertai pasukan sukarelawan itu, kata Ahmad Zahid yang turut mengajak beberapa pelakon lelaki untuk menjadi askar wataniah.
“Mereka dijangka menyertai dalam masa terdekat dan majlis pelancaran akan dijalankan sebelum mereka menjalani latihan sebelum bulan puasa,” katanya.
Sesiapa yang menyertai Rejimen Askar Wataniah perlu menjalani dan menamatkan latihan 39 jam dalam masa setahun mengikut kelapangan masing-masing sebelum ditauliahkan.
Ahmad Zahid berkata, selebriti yang menyertai rejimen itu dapat dijadikan sebagai ikon untuk menarik minat lebih ramai individu di bawah usia 35 tahun menjadi askar wataniah.
Beliau juga berkata Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia menjalankan tugas sampingan bagi misi mencari dan menyelamat mangsa-mangsa yang terlibat dalam bencana alam.
Katanya meskipun tugas hakiki ATM khususnya Tentera Darat adalah menjadi benteng menjaga kedaulatan dan keamanan negara, pasukan itu sentiasa bersedia menjalankan misi yang memerlukan khidmat mereka.
“Malaysia adalah sebuah negara aman dan tidak terlibat dengan perang maka dalam keadaan aman, tentera darat dan lain-lain perkhidmatan bersedia untuk menjadi tentera ‘rakyat’,” katanya.
.
.
.
^_^
♥♥♥

No comments:

Yang sayang Eyka, :P