Tuesday 2 August 2011

She's One In A Million...

Assalamualaikum & Hye sayunk...

Hye sayang,sebenarnya entri ni aku nak post semalam tapi atas sebab masalah teknikal sikit baru dapat post ari ni.Dah terlepas Wordless Wednesday kan.Sebelum aku tulis entri tentang cayang aku, Noor Haryati Idris, Ape kate kita sedekah kan Al-Fatihah untuk beliau.



Kenapa erk tiba-tiba aku nak update pasal sayang aku ni?Sebab tadi tiba-tiba boipren die update kat MySpace tentang dia.Sedey gile bile bace update ko Omar Fiqri.Rasa rindu sangat-sangat kat dia,macam baru semalam jumpa dia,tengok keletah dia.Jom baca sikit apa yang Omar Fiqri post kat MySpace Putri.Eh,kitorang panggil die Putri tau.Just bagitau pada yang tak tau.


Yes,Omar Fiqri.Tepat ape yang ko tulis ni.Ko cukup kenal dia,mungkin lebih lagi dari kitorang.Sedey sangat bace post ni.Mungkin dia bertuah dapat seorang lelaki yang faham dia sepenuhnya.Aku pun berharap cinta aku dengan my only MR.Naqib Jailani akan kekal sampai jinjang pelamin,sampai akhir hayat.Amin.

Sweet kan?Rindu nak lepak ngan korang macam dulu.

 
Aku pun nak jugak cerita pasal dia.Hmmm...tapi dari mane erk nak start?Okla,aku wat senarai la.(Nak jugak ka,sebuk je Eyka nih)

  1. Ok,kita mula dari bangun tidur.Dia ni nak bangun tidur punya la susah,bukan tu je.Alarm berbunyi bapak la punya kuat sampai aku asyik terjaga.Bila aku matikan alarm mesti kena bebel,nak taknak pekakkan telinga je la.
  2. Ok,lepas tu pasal mandi.Dia ni jenis yang kalau dah nak terkucil tu tak ley nak tahan.Time tu terase time tu jugak nak masuk toilet.Selalu time aku mandi kan,pertengahan dia mesti kena kuar bilik air jap sebab dia nak masuk.Tiap-tiap pagi camtu,last-last dah biasa dah.Sekarang jadi rindu plak nak dengar orang ketuk bilik air sebab die nak masuk,hehe.
  3. Kalau time makan lagi-lagi tengah hari dia selalu ajak aku makan sekali.Dia ni kalau free even sejam pun nak balik makan kat umah jugak.Dia kata malas nak lepak poli.Ok la tu sebab aku pun jenis malas nak lepak kat poli tengah-tengah hari.Lepas dia dah takde,lunch aku selalu kat poli.Sunyi sangat.Ok,1 lagi aku nak tambah.Dia bukan makan tak ley nak kering,kalau beli air mesti amik dua straw.Tank ape budak ni tak tau la,makan kuat.Tapi aku yang gemok,dia maintain je.Omar! Dia suka air tembikai jugak la,lepas tu kepantangan dia kalau orang kedai tak tapis biji tembikai,mesti dia membebel.
  4. Ok,pasal karoke plak.Dia ni memang suka karoke,aku yang malu nak nyanyi ni pun dah jadi tak malu nyanyi depan orang sebab dia.Hehehe,lagu yang confirm kitorang nyanyi kalau masuk karoke lagu 'Teman Tapi Mesra'.Memang tak pernah tinggal lagu tu.And kalau korang nak tau permintaan terakhir dia nak karoke ngan aku,aku tak tunaikan pun.Terkilan sangat,patutla dia beriya-iya ajak aku datang tempat dia keje.Dia kata dah lame tak nyanyi same,jom la.Tapi nak wat camne,aku time tu kena wat benda lain.
  5. Pasal baju ke pakaian ke dulu aku ngan dia selalu tukar-tukar.Baju ku baju mu jua,hehehe.Kalau dia ada sekarang aku rasa dia dah tak muat kot pakai baju aku,hehe.Dia ni jenis sempoi,kalau pakai baju ikut suka la walaupun baju tu kadang-kadang tak kena.Pastu kalau korang nak tau dia penah wat keja gile bangun tidur terus kuar pegi lunch dengan muka tak basuh,rambut dia yang berikat dah kusut masai.Relaks je kuar,kitorang dah tegur nak tau dia cakap ape?'Baru la Korea rambut kusut masai'.Korea la sangat kan.
  6. Yang paling penting,dia adalah orang yang tau semua masalah aku.Semua cerita kitorang luar dalam semua kitorang kongsi sama-sama.So,bila dia takda terus aku rasa macam lonely gile.Seb bek budak rumah aku yang lain ada.At least aku takde la terus rasa lonely tu.Dulu kalau nak kuar pegi mana-mana mesti berempat.Dengan dia,Naqib and Omar.Tapi bila cek balik tak penah ada gambar kitorang berempat,pelikkan.

Dia selalu ikut balik Klang sebab boipren dia orang Klang jugak.Rindu!

Hmmm,banyak lagi citer pasal dia.Tapi tak tau la nak cita camne lagi.Nanti kalau ada aku update lagi la.Bagi yang tak tau,Noor Haryati Idris ni beshfren aku.Dia meninggal dunia pada tarikh 09.06.2009 akibat kemalangan jalanraya.Selepas 3 ari aku jumpa dia,time jumpa tulah dia ajak aku karoke sama.Tapi nak buat macam mana kan.Sayang,saya sentiasa doakan kebahagiaan awak kat sana.Saya rindukan awak,saya tau awak pun tetap rindukan kami.Maafkan saya,tapi ni satu-satunya cara saya nak luahkan rindu ni.Mungkin ada yang tak suka saya bercerita tentang awak,tapi awak adalah kenangan saya yang saya nak kongsi dengan semua orang.Al-Fatihah sekali lagi untuk awak. 

.
.
.
:)
♥♥♥

No comments:

Yang sayang Eyka, :P